5 Bahaya Baby Walker Yang Mungkin Tidak Disedari, Ibu Bapa WAJIB Ambil Tahu!

bahaya baby walker

Kesemua ibu bapa pasti mahukan si kecil mereka boleh mula berjalan dengan cepat bukan? Disebabkan itu, pelbagai kaedah digunakan oleh ibu bapa untuk membantu bayi mereka belajar berjalan. Antara kaedah yang paling terkenal adalah penggunaan baby walker.

Mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa di sebaliknya, penggunaan alat ini sebenarnya boleh mendatangkan bahaya yang tidak disedari oleh ibu bapa sendiri. Jom sama-sama kita kuti artikel ini dengan lebh mendalam lagi untuk mengetahuinya!

Adakah benar baby walker boleh membantu bayi belajar berjalan?

ibu bapa

Sebelum itu, ibu bapa perlu tahu mengenai kenyataan ini terlebih dahulu. Untuk pengetahuan anda, baby walker direka untuk membantu bayi yang masih belum boleh berjalan agar mereka boleh bergerak.

Namun demikian, alat ini sebenarnya akan bergerak tanpa kawalan pada empat roda di bawahnya dan bukannya dengan kaki si kecil anda.

Selain itu, memaksa bayi berjalan sebelum sampai waktu yang ideal boleh mengakibatkan pelbagai mudarat berbanding manfaat.

Ini kerana bayi perlu mula belajar berjalan apabila otot dan keseimbangan badannya sudah cukup kuat!

Penggunaan baby walker pula akan membuatkan kaki si kecil menjadi lebih lemah kerana motor kasar mereka tidak terlatih sepenuhnya.

Dalam pada itu lagi, terdapat banyak bahaya penggunaan baby walker, antaranya:

#1. Ia boleh sebabkan bayi jatuh tangga

Ini merupakan bahaya paling utama yang kerap berlaku pada bayi. Kejadian ini lebih berisiko terutamanya jika kediaman anda mempunyai beberapa tingkat dan si kecil pula menggunakan baby walker tanpa pengawasan yang rapi daripada anda.

Paling menakutkan, ia boleh mengakibatkan patah pada tulang dan kecederaan pada bahagian kepala!

#2. Ia boleh jadi punca melecur atau terbakar

Dengan penggunaan baby walker, si kecil akan lebih mudah untuk mencapai apa yang mereka mahu.

Sebagai contoh, mereka mungkin akan mencapai lapik meja yang menempatkan air panas di atasnya lalu menyebabkan ia tertumpah pada bayi anda.

Selain itu juga, mereka mungkin akan mencapai dapur, radiator atau pendiangan yang boleh menyebabkan kulit si kecil kesayangan anda melecur atau terbakar.

bayi

#3. Baby walker boleh jadi punca keracunan

Selain itu juga, si kecil anda bersama baby walker mereka akan lebih mudah mencapai benda-benda yang biasanya disorok di dalam kabinet seperti ubat-ubatan atau sabun pencuci. Ia kemudiannya akan menyebabkan mereka mengalami keracunan jika mereka tertelan atau terdedah kepada benda-benda berbahaya ini.

#4. Ia boleh sebabkan bayi lemas

Penggunaan baby walker di kawasan yang tidak sesuai dan selain daripada dalam rumah seperti kawasan kolam renang kediaman anda adalah sangat berbahaya.

Ini kerana si kecil anda yang masih tidak mengenali bahaya mungkin boleh terjatuh ke dalam kolam renang itu lalu lemas. Ia boleh terjadi meskipun dalam pengawasan anda kerana mereka masih mampu untuk mengawal alat berbahaya itu.

#5. Kemalangan jalan raya

Disebabkan baby walker mudah dibawa ke mana-mana, anda mungkin akan membawanya untuk membantu si kecil anda berjalan-jalan di luar rumah.

Ia sebenarnya merupakan perbuatan yang bahaya kerana dengan sekelip mata sahaja si kecil anda mungkin sudah sampai ke kawasan jalan raya.

Ini boleh menyebabkan kemalangan kepada mereka atau individu lain yang cuba mengelaknya!

Jadi, ternyatalah memang terdapat banyak bahaya baby walker. Oleh itu, ibu bapa sila lebih berhati-hati ya!

Kredit: Hello Doktor

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di sini.

  1. 5 Bahaya Baby Walker Yang Mungkin Tidak Disedari, Ibu Bapa WAJIB Ambil Tahu!

Sebar Ilmu Ke Media Sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on telegram
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email