Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Penyakit Kulit Yang Biasa Namun Bahaya Jika Terjadi Kepada Kanak-kanak!

Sudah menjadi satu kepercayaan atau kebiasaan bagi ibu bapa, jika timbul apa-apa yang pelik pada kulit mesti mereka akan mengatakan ia adalah ruam yang normal dan boleh dirawat dengan menabur bedak sahaja. Tidak, ibu bapa sewajarnya tidak menganggap kesemua penyakit kulit adalah ruam dengan sewenangnya!

Ini kerana terdapat banyak lagi contoh penyakit kulit kanak-kanak yang biasa terjadi namun bahaya jika tidak dirawat dengan kadar segera, antaranya:

#1. Cacar air

Cacar Air

Cacar air atau chicken pox adalah sejenis penyakit yang boleh berjangkit. Kebanyakan kanak-kanak sebenarnya akan mengalami penyakit ini sekali seumur hidup mereka.

Ia kebiasaannya akan bermula dengan bintik merah pada muka, telinga dan dada kemudian mula merebak ke keseluruhan badan. Sekali anak anda sudah mengalaminya, mereka akan mendapatkan imunisasi daripadanya dan selalunya tidak akan lagi dijangkiti.

Cacar air mungkin boleh dirawat di rumah sahaja. Rawatannya adalah bertujuan mengurangkan simptom seperti demam dan gatal-gatal pada badan.

Ini boleh dilakukan dengan bantuan ubat-ubatan seperti paracetamol dan losyen calamine. Ia juga adalah sejenis penyakit yang boleh dilawan dengan suntikan vaksin.

#2. Kurap

KURAP

Kurap atau ringworm adalah disebabkan oleh infeksi kuman yang hidup pada kulit mati, rambut dan kuku anda. Jika anak anda mengalaminya, anda akan lihat kurap tersebut berbentuk seakan-akan cincin dan berwarna kemerah-merahan.

Ia juga akan mendatangkan kegatalan dan kesakitan. Kurap selalunya akan tumbuh pada keseluruhan kulit badan. Kurap pada kepala pula boleh mengakibatkan keguguran rambut.

Anak anda mungkin akan dijangkiti kurap apabila bersentuhan dengan individu atau haiwan yang mempunyainya. Ia juga boleh berjangkit jika anda berkongsi tuala dengan individu yang mengalami kurap pada badan.

Kurap boleh dirawat dengan ubat melawan kuman. Jika mereka mengalami masalah keguguran rambut, syampu khas akan disyorkan.

#3. Penyakit dermatitis

penyakit kulit

Dermatitis akan berlaku jika anak anda bersentuhan dengan bahan kimia yang tertentu lalu menyebabkan reaksi kulit seperti alahan.

Mereka mungkin boleh mengalaminya jika mereka sebenarnya alah kepada sesuatu seperti sabun, losen, minyak wangi, besi, lateks, kosmetik atau ubat-ubatan.

Simptom dermatitis ini adalah berbeza mengikut individu namun yang paling biasa adalah kegatalan, kekeringan, kebengkakan, kesakitan dan pendarahan pada kulit terutamanya pada kawasan kulit yang terjangkiti.

Sekiranya ia berlaku pada anak anda, segera bawa mereka berjumpa doktor. Rawatan pula akan diberi bergantung kepada kondisi kesihatan dan usia anak anda.

Antara rawatan yang akan dilakukan adalah mencuci kulit anak anda dan menyapu krim atau ubat-ubatan pada kawasan yang dijangkiti menggunakan kain yang lembut untuk melegakan simptom-simptom dermatitis.

#4. Penyakit kaki, tangan dan mulut

HFMD

Penyakit yang berbahaya ini akan bermula dengan ulser dalam mulut dan bintik-bintik pada tapak tangan dan tapak kaki penderita. Anda juga boleh perasan kewujudan ketulan berair pada punggung dan kaki.

Kondisi ini kerap berlaku kepada kanak-kanak dan boleh merebak melalui batuk, bersin atau sentuhan terus kepada ketulan berair tersebut. Malangnya, masih tidak terdapat penawar bagi penyakit ini.

Jika anak anda disyaki dijangkiti penyakit ini, kuarantinkan mereka di rumah sehingga mereka sembuh. Ia mungkin mengambil masa sekitar 10 hari.

Antara rawatan di rumah yang boleh dilakukan adalah memberikan ubat-ubatan seperti paracetamol dan ibuprofen selain galakkan anak anda minum air dengan banyak.

#5. Penyakit ekzema

penyakit kulit

Antara penyakit kulit yang biasa dan popular dialami oleh kanak-kanak adalah ekzema. Ekzema adalah kondisi kulit yang kekal dalam jangka masa yang panjang.

Jika anak anda mengalaminya, kulit mereka akan berubah kemerah-merahan, gatal dan kering. Antara jenis ekzema yang biasa berlaku adalah ekzema atopik.

Ekzema jenis ini mampu untuk kekal menjangkiti kanak-kanak sehingga mereka meningkat dewasa. Pakar perubatan masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar ia berlaku.

Pun begitu, kajian terbaharu mengatakan ia adalah disebabkan oleh alahan sama seperti dermatitis.

Kredit: Hello Doktor

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di sini.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain