Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Hati-Hati Semua, Energy Candy Ni Boleh Sebabkan Anda Buta!

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan pemantauan dan ujian ke atas beberapa produk energy candy setelah ia tular di media sosial.

Tiga jenama produk tersebut ialah ExtrAli Energy CandyExtra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy yang kesemuanya diimport dan telah disahkan mengandungi racun berjadual. Apakah racun berjadual tersebut?

Apa yang anda perlu tahu mengenai tadalafil

Racun berjadual yang terkandung dalam jenama-jenama produk yang dinyatakan di atas dikenal pasti sebagai tadalafil. Di Malaysia, tadalafil ini dilarang sama sekali penggunaannya dalam produk makanan di bawah Akta Makanan 1983.

Tadalafil adalah sejenis racun berjadual, bermakna ia hanya boleh diberikan kepada pesakit di bawah pemantauan ahli profesional kesihatan berdaftar seperti doktor dan ahli farmasi.

Tadalafil bertindak merelakskan otot-otot saluran darah dan meningkatkan aliran darah ke bahagian tertentu pada tubuh badan. Tadalafil dikeluarkan melalui beberapa jenama seperti Adcirca dan Cialis.

Bagi jenama Cialis, ia digunakan untuk merawat mati pucuk dan simptom pembesaran prostatAdcirca pula digunakan untuk merawat hipertensi arteri pulmonari selain meningkatkan kapasiti senaman pada lelaki dan wanita.

Apakah kesan pengambilan tadalafil?

Terdapat pelbagai kesan sampingan yang boleh berlaku akibat daripada pengambilan tadalafil, antaranya:

  • Sakit kepala
  • Perut meragam
  • Sakit belakang
  • Sakit-sakit otot
  • Kemerahan pada kulit
  • Hidung berair atau tersumbat
  • Cirit-birit

Ada kesan sampingan lain yang lebih serius jika ambil energy candy!

energy candy

Selain itu, tadalafil juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk apatah lagi jika anda mengambilnya tanpa nasihat dan pemantauan oleh doktor.

Antara kesan sampingan yang lebih serius ialah:

  • Priapism atau ereksi zakar yang berterusan dan menyakitkan
  • Perubahan pada penglihatan. Simptomnya termasuklah:
  • Kehilangan pendengaran. Simptom termasuklah:
    • Pengurangan atau kehilangan pendengaran yang berlaku secara tiba-tiba
    • Rasa berdering pada telinga
    • Pening-pening
  • Tekanan darah rendah. Simptom termasuklah:
    • Rasa pening kepala
    • Pengsan
    • Sakit pada bahagian dada (angina)
  • Penyakit kardiovaskular. Ia boleh menyebabkan serangan jantung dan strok kepada pemakannya

Larangan mengimport dan menyimpan energy candy

energy candy

KKM telah mengeluarkan larangan pengimportan produk-produk ini sejurus mendapati ia mengandungi racun berjadual tadalafil. Selain itu, KKM juga memberikan amaran kepada sesiapa sahaja agar menghentikan pengedaran dan penjualan termasuklah mereka yang menjualnya secara atas talian.

Jika masih berdegil, penjual boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983. Jika sabit kesalahan, penjual boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Apa yang perlu anda lakukan jika telah atau ‘termakan’ energy candy ini?

energy candy

Jika anda telah membeli produk tersebut, elakkan daripada memakannya. Walau bagaimanapun, jika anda telah memakannya, perhatikan tanda-tanda atau simptom yang mungkin berlaku kepada anda.

Jika terdapat sebarang kesan sampingan atau ketidakselesaan selepas anda memakannya, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

Hubungi KKM jika terdapat sebarang keraguan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kekeliruan mengenai sesuatu produk yang dijual di pasaran, berhubunglah dengan Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang berdekatan dengan anda.

Anda juga boleh boleh menghubungi KKM di laman web berikut: http://moh.spab.gov.my/. Anda juga dialu-alukan untuk menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan melalui akaun Facebook rasmi mereka iaitu http://www.facebook.com/bkkmhq.

Kredit: Hello Doktor

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di sini.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain