Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Kenapa Anda WAJIB Mengambil Sarapan Pagi? Ini Sebab Utamanya!

Mungkin ada sesetengah daripada kita yang kurang gemar bersarapan pagi atas pelbagai faktor seperti tidak mempunyai banyak waktu, keluar rumah pada awal pagi dan mungkin juga malas atau tidak berselera. Apapun alasan yang anda berikan, sarapan pagi tetap menjadi hidangan yang paling penting dalam satu hari tersebut.

Jika anda ‘skip’ waktu sarapan pagi anda, anda juga sebenarnya telah ‘skip’ satu manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh tubuh badan anda pada hari tersebut. Tahukah anda, mengapa sarapan pagi amat penting?

Mengapa sarapan pagi sangat penting untuk saya?

sarapan pagi

Sarapan pagi sebenarnya memberikan banyak manfaat pada tubuh anda. Pertama sekali, sarapan pagi memulakan metabolisme anda yang membantu tubuh badan membakar lebih banyak kalori pada hari tersebut.

Apabila anda mengambil sarapan, anda sebenarnya memberitahu tubuh badan anda bahawa terdapat beberapa kalori yang akan diambil lagi pada hari itu. Apabila anda tidak bersarapan, tubuh anda mendapat mesej bahawa ia perlu menyimpan berbanding membakar kalori yang akan diambil kemudian.

Menurut Dr. Christy C. Tangney, pakar pemakanan klinikal di Rush University Medical Center, kajian telah menunjukkan bahawa walaupun individu yang tidak mengambil sarapan dan hanya mengambil sedikit kalori pada hari tersebut, mereka lebih cenderung untuk memiliki indeks jisim badan atau BMI yang lebih tinggi.

Sarapan memberikan perkadaran yang signifikan bagi pengambilan jumlah nutrien harian. Ia juga memberikan anda nutrien penting seperti folat, zat besi, vitamin B dan serat. Vitamin-vitamin penting, mineral dan nutrien-nutrien lain hanya boleh diperoleh daripada sumber pemakanan sahaja.

Oleh itu, walaupun tubuh badan anda masih boleh mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk keesokan hari, anda masih perlu menambahkan jumlah vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh.

Glukosa tubuh

Glukosa adalah sumber tenaga bagi tubuh badan. Ia dipecahkan atau diuraikan dan diserap daripada karbohidrat yang anda makan. Pada waktu pagi, apabila anda tidak mendapat bekalan makanan selama beberapa jam selepas bangun daripada tidur, simpanan glikogen anda telah berkurangan.

Glikogen adalah glukosa yang telah disimpan dalam tisu otot dan hati, yang mana akan dilepaskan perlahan-lahan dalam tempoh semalaman untuk memastikan tahap gula darah anda kekal stabil.

Apabila kesemua tenaga daripada simpanan glikogen telah digunakan, tubuh badan anda akan mula menguraikan asid lemak untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Tanpa karbohidrat, asid lemak hanyak teroksida sebahagian sahaja yang boleh menyebabkan tahap tenaga yang berkurangan.

Melalui pengambilan sarapan pagi, ia dapat mengembalikan simpanan glikogen dan meningkatkan tahap tenaga dan juga metabolisme anda.

Kanak-kanak sangat memerlukan sarapan pagi

sarapan pagi

Antara sebab mengapa kanak-kanak memerlukan sarapan pagi adalah kerana tubuh mereka sedang mengalami tumbesaran dan mereka memerlukan nutrien yang mencukupi untuk membantu mereka membesar. Kanak-kanak yang tidak bersarapan pagi mempunyai kesukaran untuk memberikan fokus atau penumpuan terhadap pembelajaran mereka.

Selain itu, mereka akan mudah letih dan juga mengganggu mood mereka. Terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi mempunyai keputusan ujian yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan.

Kanak-kanak yang tidak bersarapan juga lebih cenderung untuk memakan makanan ringan lalu menyebabkan mereka mempunyai berat badan yang berlebihan. Sekiranya anak-anak anda tidak mahu bersarapan di rumah, bekalkan mereka dengan makanan atau snek yang boleh mereka makan dalam perjalanan ke sekolah atau semasa waktu rehat. Ini untuk mengelakkan mereka daripada mengambil snek yang tidak sihat semasa berada di sekolah.

Apa yang boleh disimpulkan

sarapan

Sesibuk manapun anda sama ada di rumah atau di tempat kerja, ingatlah untuk sentiasa mengambil sarapan pagi. Anda tidak semestinya perlu memasak pada waktu pagi hanya disebabkan untuk bersarapan. Anda boleh membeli makanan dalam perjalanan anda ke pejabat.

Anda juga boleh ke kedai-kedai yang beroperasi 24 jam seperti 7 Eleven atau myNews untuk mendapatkan hidangan sarapan pagi anda. Kedai-kedai tersebut menyediakan pilihan makanan yang pelbagai seperti sandwic, mi goreng, nasi lemak dan juga kopi.

Oleh itu, tiada alasan lagi untuk anda mengatakan bahawa anda terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bersarapan. Ingatlah, anda berpotensi untuk memiliki berat badan yang berlebihan jika anda sentiasa meninggalkan sarapan pagi anda.

Kredit: Hello Doktor

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di sini.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain