Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Lemak Badan Boleh Dibakar Dengan Diet TINGGI Lemak

Penggunaan perkataan lemak memberi impak yang sangat besar terhadap gaya pemakanan populasi umum. “Jika lemak badan menyebabkan saya gemuk, mengapa saya perlu mengambil makanan berlemak?”.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui jika lemak memang menggemukkan atau kita sudah dimomokkan dengan konsep yang salah.

Kesan lemak badan rendah terhadap kesihatan individu

lemak badan

Jika anda menganggap kadar lemak badan yang rendah itu baik untuk kesihatan, kajian yang dijalankan pada tahun 2013 oleh Rossow menunjukkan kesan yang sebaliknya. Jangan salah faham!

Mereka yang mempunyai kadar lemak badan yang tinggi berisiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit kronik. Namun, jika ia terlalu rendah, individu tersebut berisiko untuk mengalami masalah lain seperti:

  • Peningkatan hormon kortisol
  • Penurunan hormon testosteron
  • Sistem pertahanan badan yang lemah
  • Perubahan pada mood
  • Penurunan tahap prestasi fizikal

Kajian ini melihat kepada prestasi ahli bina badan yang ingin mencapai kadar lemak badan yang rendah bagi menonjolkan ototnya sebelum menyertai pertandingan. Jumlah lemak badan di bawah paras normal tidak memberikan apa-apa faedah kesihatan malah ia memudaratkan.

Lemak merupakan salah satu sumber nutrisi makro yang penting selain daripada karbohidrat dan protein. Ia digunakan untuk membuat membran sel, hormon seks dan mengukuhkan sistem pertahanan badan.

Walau bagaimanapun, ia sering disalah anggap sebagai faktor utama yang boleh menyebabkan kegemukan. Lihat sahaja pada piramid makanan yang pernah menjadi garis panduan sebelum ia ditukar kepada konsep pinggan “suku suku separuh”. Makanan berlemak berada pada bahagian atas menandakan ia perlu diambil pada kadar yang sedikit.

Piramid makanan dan kesannya kepada obesiti

piramid makanan, lemak badan

Piramid makanan telah dilancarkan pada tahun 1992. Tujuannya bagi memudahkan orang awam untuk mula mengambil nutrisi makro mengikut amaun yang disarankan oleh United States Food and Agriculture (USDA).

Pembentukan konsep pemakanan tersebut tidak mempunyai asas saintifik yang kukuh. Ia telah digubal pada tahun 1977 berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh McGovern dan diuar-uarkan kepada orang ramai pada tahun 1980. 



Garis panduan ini bertujuan untuk melindungi populasi orang Amerika daripada kenaikan berat badan berlebihan dan penyakit jantung. Namun, objektif kesihatannya tidak tercapai.

Walaupun majoriti populasi mula mengamalkan gaya pemakanan tersebut, kadar obesiti pada tahun tersebut telah meningkat sebanyak 20%. Di manakah silapnya? 

Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kenaikan atau penurunan berat badan. Faktor yang paling penting adalah gaya pemakanan itu sendiri. Terdapat dua perspektif yang boleh digunakan dalam mempengaruhi kenaikan kadar obesiti; pengambilan jumlah kalori berlebihan atau pengambilan makro nutrisi tidak seimbang. 

Piramid makanan yang telah disarankan oleh USDA memberi penekanan kepada nutrisi makro karbohidrat. Ini menyebabkan kenaikan jumlah gula dalam darah sekali gus menyebabkan terjadinya sel lemak.

Ia berlaku apabila sel sudah tepu dengan sumber tenaga tersebut dan organ seperti hati dan otot sudah mempunyai bekalan glikogen yang mencukupi.

Diet ketogenik bukti nyata, bakar lemak badan dengan lemak

makanan berlemak

Walaupun ramai individu yang berjaya menurunkan berat badan menerusi kawalan pengambilan dan penggunaan kalori, sebahagian populasi selesa dengan amalan diet ketogenik. Ia merupakan pelan pemakanan yang terdiri daripada majoriti makro lemak (anggaran 60-80%), protein pada kadar sederhana (10-30%) dan karbohidrat pada kuantiti yang sedikit (5-10%).

Jika lemak adalah punca kepada kegemukan kronik yang kian meningkat, mereka yang mengamalkan pelan pemakanan ini berisiko untuk mendapat masalah obesiti. Namun, jika dilihat, ia bukanlah sedemikian.

Diet ketogenik telah digunakan untuk memberikan kesan terapeutik kepada masalah sawan, kencing manis dan masalah obesiti. Pelik kan? Bakar lemak dengan mengambil makanan berlemak.

Pengambilan jumlah karbohidrat yang banyak boleh membantutkan usaha lipase yang sensitif terhadap hormon insulin daripada menggunakan lemak. Jadi secara teorinya, pengaktifan enzim tersebut boleh menggalakkan pembakaran lemak. Caranya? Ambil makanan rendah karbo dan tinggi lemak.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain