Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Mana Satu Lagi Okay, Mandi Air Panas Atau Air Sejuk?

Alat pemanas air sudah menjadi satu peralatan ‘wajib ada’ di setiap rumah pada zaman sekarang. Jika dahulu, nenek moyang kita akan menjerang air menggunakan cerek, lalu dituang ke dalam tong atau kolah untuk mendapatkan air mandian yang suam. Ini kerana, mandi air panas pada waktu pagi sememangnya memberikan sedikit keselesaan dan ketenangan.

Namun adakah mandi air sejuk tidak memberikan sebarang manfaat? Sebenarnya, mandi air panas dan mandi air sejuk, kedua-duanya mempunyai kebaikan yang tersendiri pada tubuh.

Manfaat mandi air sejuk

mandi air panas

#1. Memperbaiki aliran darah

Pendedahan kepada air sejuk menjadikan salur darah pada permukaan kulit menjadi lebih kecil. Ini akan mengalihkan laluan aliran darah jauh daripada permukaan kulit.

Apabila aliran darah menjauh daripada kulit, saluran darah dalam tisu badan yang lebih dalam akan menjadi lebih besar.

Ini akan membantu memperbaiki sirkulasi darah dalam tisu yang lebih dalam.

Satu kajian pada tahun 2019 menyatakan, dengan mandi air sejuk selepas bersukan atau bersenam boleh membantu meningkatkan hidrasi umum dengan cara menyejukkan tubuh badan.

#2. Merendahkan tahap kortisol

Kortisol adalah sejenis hormon yang dilepaskan oleh tubuh sebagai respons kepada keadaan stres.

Dengan merendahkan tahap kortisol dalam darah boleh membantu mengurangkan tahap stres dalam tubuh.

Para penyelidik juga mendapati, apabila seseorang itu mandi air sejuk, tahap kortisol mereka akan menurun sekali gus merendahkan tahap stres seseorang individu.

#3. Mengurangkan rasa sakit

Berdasarkan review yang dilakukan pada tahun 2014, pendedahan kepada air sejuk boleh memicu respons kesakitan automatik yang disebut sebagai stress-induced analgesia (SIA).

SIA adalah sejenis respons kesakitan automatik yang berlaku setelah berlakunya pendedahan kepada rangsangan stres seperti mandi air sejuk.

Keburukan mandi air sejuk

  • Mandi air sejuk bukanlah pilihan yang baik sekiranya anda berada dalam persekitaran yang sudah sejuk. Ini kerana mandi air sejuk akan membuatkan tubuh badan anda lebih sejuk lalu menyebabkan anda perlu lebih banyak masa untuk menghangatkan kembali tubuh anda
  • Sekiranya anda jatuh sakit, mandi air sejuk juga tidak bersesuaian. Suhu yang sejuk akan menjadi sedikit sukar ke atas sistem imun tubuh badan anda

Manfaat mandi air panas

mandi air panas

#1. Meningkatkan kesihatan kardiovaskular

Satu kajian pada tahun 2014 menunjukkan, mandi air panas boleh membantu memperbaiki aliran darah bagi mereka yang mempunyai kegagalan jantung yang kronik.

Ini disebabkan oleh pelebaran salur darah yang berlaku apabila terdedah kepada suhu yang tinggi.

Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa individu yang merendamkan kaki dan betis mereka dalam air panas atau suam selama 30 minit menunjukkan pengurangan kekakuan arteri.

Mereka yang tidak menggunakan air panas atau suam tidak mengalami kesan seperti berikut.

#2. Memperbaiki kesihatan otot dan sendi

Organisasi seperti National Heart, Lung, and Blood Institute mengesyorkan agar seseorang individu mandi air panas atau suam sebelum tidur bagi memperbaiki kualiti tidur.

Air panas membantu memperbaiki kualiti tidur disebabkan oleh gabungan antara bagaimana tubuh badan menjadi relaks semasa mandi dan penurunan suhu badan selepas mandi.

#3. Memberikan kelegaan daripada simptom pernafasan dan selesema

Mandi air panas dengan stim panas berada di sekeliling anda telah lama menjadi satu remedi semula jadi untuk mengurangkan simptom selesema dan juga batuk.

Suhu panas daripada air mandian dan juga stim boleh membantu perkara-perkara seperti:

  • Membuka laluan pernafasan
  • Memudahkan kahak untuk keluar
  • Membersihkan saluran hidung anda

Keburukan mandi air panas

mandi air panas

  • Mandi air mandian panas boleh mengeringkan kulit dan menyebabkan berlakunya iritasi. Air panas boleh merosakkan sel keratin yang berada pada lapisan paling luar kulit anda iaitu epidermis. Apabila sel ini terganggu, kulit akan menjadi lebih kering dan menghalang sel daripada menyerap kelembapan
  • Keadaan kulit juga akan menjadi lebih buruk. Suhu yang lebih tinggi menjadikan kulit lebih mudah kering dan memburukkan keadaan seperti ekzema
  • Mandi air panas boleh menyebabkan kegatalan. Suhu yang panas boleh menyebabkan sel mast (yang mengandungi histamin) untuk melepaskan kandungan mereka pada kulit lalu menyebabkan gatal-gatal
  • Mandi air panas boleh meningkatkan tekanan darah anda juga. Sekiranya anda mempunyai masalah dengan tekanan darah tinggi atau penyakit kardiovaskular, mandi air bersuhu ini juga hanya akan memburukkan lagi keadaan sedia ada

Kredit: Hello Doktor

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/tips-kesihatan/mandi-air-panas-atau-sejuk/

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain