TERKINI! Amerika Syarikat Catatkan Lebih 50,000 Korban Akibat COVID-19

korban covid-19

Bukan sahaja kes positif COVID-19 meningkat di seluruh dunia, malah jumlah korban COVID-19 juga semakin bertambah setiap hari seiring dengan peningkatan kes jangkitan wabak berbahaya ini.

Apa yang lebih mengerikan, angka kematian yang dicatatkan di seluruh dunia kini bukanlah sekadar ratusan atau ribuan, tetapi sudah mencapai puluhan ribu kematian. Ada sesetengah negara yang mempunyai kes kematian yang sudah menghampiri angka 30,000 kes dan ada juga yang telah melebihi 50,000 kes kematian.

5,000 kes dalam masa hanya 24 jam

korban covid-19

Tahukah anda berapakah jumlah atau angka korban COVID-19 di seluruh dunia setakat ini. Jumlah kumulatif kes kematian kini akibat COVID-19 telah mencapai angka 246,000 kes dan ia nyata bukanlah satu angka yang kecil.

Tambahan lagi, dianggarkan sebanyak 5,000 individu yang dijangkiti ini akan menemui maut setiap hari di seluruh dunia.

Menurut data daripada Johns Hopkins University, sehingga kini sebanyak 5 buah negara telah mencatatkan kematian dengan lebih daripada 20,000 kes. Manakala bagi negara-negara lain pula, mereka mempunyai rekod kematian bawah daripada 8,000 kes.

Amerika Syarikat masih nombor 1

korban covid-19

Amerika Syarikat masih berada di tempat teratas sebagai negara dengan jumlah kematian korban COVID-19 tertinggi di dunia. Sehingga kini, kematian di negara tersebut sahaja telah melebih 67,000 angka korban COVID-19. 

Negara kedua dengan kadar kematian tertinggi ialah negara Itali dengan jumlah kes menghampiri 29,000 kes kematian.

Seterusnya, United Kingdom pula mengalami kadar kematian yang mendadak dengan jumlah kes kematian yang hampir sama dengan Itali iaitu hampir 28,000 kes.

Negara Perancis dan juga Sepanyol pula masing-masing mencatatkan angka korban akibat wabak ini sebanyak 25,000 dan 24,000 kes.

Kesimpulan

Kerajaan Malaysia masih lagi dalam usaha mengekang penularan wabak ini melalui pelbagai inisiatif antaranya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac yang lalu.

Apabila ia mula dijalankan, kita boleh melihat angkat jangkitan sudah mula menurun secara perlahan-lahan, begitu juga dengan kes kematian akibat COVID-19.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Sebar Ilmu Ke Media Sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on telegram
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email