Jumlah Kes Positif COVID-19 Di Seluruh Dunia

Positif
18,993,698
+28,300
Kematian
711,490
+1,204
Sembuh
12,182,831
Active
6,099,377
Last updated: August 6, 2020 - 8:25 am (+00:00)

Keluar Rumah Untuk Dapatkan Makanan Kegemaran Semata-mata Semasa PKP Adalah Alasan Dangkal

makanan kegemaran

Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan, hanya beberapa alasan boleh dipertimbangkan untuk seseorang itu keluar dari rumah. Antara alasan yang dibenarkan ialah keluar memberi barangan dapur atau ke klinik dan hospital bagi mendapatkan rawatan. Tetapi, bagaimana pula dengan keluar kerana mencari makanan kegemaran?

Masih ramai daripada kita yang tidak begitu mengambil endah berkenaan keseriusan kerajaan menghadkan pergerakan penduduk di negara ini.

Ada yang keluar rumah dengan alasan untuk mencari barangan keperluan dapur, tetapi sebenarnya lebih kepada mencari makanan kegemaran masing-masing sahaja.

Alasan mencari makanan kegemaran alasan tidak munasabah

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, keluar rumah dengan alasan untuk mencari makanan kegemaran semata-mata adalah satu alasan yang dangkal dan tidak munasabah.

Menurut beliau lagi, tindakan tegas boleh diambil jika ia berulang kembali.

Tan Sri Abdul Hamid Bador menyuruh agar orang awam sentiasa untuk kekal berada di rumah dan mematuhi segala peraturan PKP yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Sekarang adalah masa di mana semua orang perlu untuk berkorban dengan menahan diri mereka daripada keluar rumah kerana mereka berisiko untuk dijangkiti virus COVID-19.

Sila bersabar dan apabila situasi telah semakin pulih, kita mungkin akan melihat sedikit kelonggaran terhadap sekatan yang sedia ada,” tambah beliau lagi.

Risiko yang lebih tinggi untuk petugas keselamatan seperti polis

Beliau turut menyatakan bahawa petugas keselamatan seperti polis dan juga tentera berhadapan dengan tugas yang lebih mencabar sekarang ini memandangkan mereka perlu berhadapan dengan satu ancaman yang tidak boleh dilihat.

Menurut beliau, pihak polis tidak berlawan dengan musuh yang boleh dilihat dan mereka tidak tahu kemungkinan yang akan berlaku memandangkan virus ini boleh berada di mana-mana sahaja dan ia sangat berbahaya.

Bantu kurangkan beban tugas polis

Sebagai seorang rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab, rasa tanggungjawab dan empati amatlah perlu diterapkan pada masa sekarang.

Jika kita keluar untuk membeli barangan keperluan harian, ia tidak mengapa dan sememangnya dibenarkan.

Tetapi jika kita keluar rumah dengan alasan hanya untuk membeli boba milk tea atau pizza kerana terlalu mengidamkannya, tolonglah jangan lakukannya.

Anda masih boleh hidup tanpa boba milk tea anda. Belajar untuk membezakan mana satukah keperluan dan mana satukah kehendak. 

Ingat, PKP ini adalah satu perkara yang serius. Kita yang menentukan berapa lamakah lagi PKP ini akan berlangsung berdasarkan tingkah laku dan pematuhan kita terhadap tempoh PKP yang masih berlangsung sekarang.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.