Jumlah Kes Positif COVID-19 Di Seluruh Dunia

Positif
10,918,178
+123,016
Kematian
521,352
+3,294
Sembuh
6,105,635
Active
4,291,191
Last updated: July 2, 2020 - 5:57 pm (+00:00)

Membimbangkan! Kes Positif COVID-19 Sudah Cecah 3.5 Juta Kes Di Seluruh Dunia

kes positif covid-19

Sehingga hari ini, kes positif COVID-19 di seluruh dunia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif. Kes semakin bertambah dan meningkat setiap hari. Sehingga kini, hampir 3.5 juta orang di seluruh dunia telah dijangkiti dengan wabak COVID-19 ini.

Ini negara dengan kes positif COVID-19 melebihi 100,000 kes

Menurut data terbaharu oleh Johns Hopkins University, bilangan negara yang mempunyai kes positif COVID-19 yang sudah melebihi 100,000 kini kian bertambah. Setakat ini, terdapat 9 buah negara yang telah mempunyai angka jangkitan seperti yang sedemikian dengan negara Brazil menjadi negara terbaharu.

Negara-negara lain termasuklah Amerika Syarikat, Sepanyol, Itali, United Kingdom, Perancis, Jerman dan juga Rusia.

Amerika Syarikat masih lagi di tangga teratas

kes positif covid-19

Namun, negara Uncle Sam atau Amerika Syarikat masih lagi berada di tempat teratas sebagai negara yang mempunyai kes positif COVID-19 tertinggi dan juga kes kematian yang tertinggi. Amerika syarikat juga adalah satu-satunya negara di dunia yang mempunyai kes jangkitan yang sudah melebihi 1 juta orang dengan jumlah terkumpul sebanyak 1.15 juta kes.

Negara Sepanyol dan Itali pula telah melepasi angka 200,000 kes jangkitan COVID-19 iaitu masing-masing sebanyak 216,000 dan 210,000 kes.

United Kingdom dan juga Perancis pula berada di kedudukan ke-4 dan ke-5 bagi kes jangkitan COVID-19 tertinggi di dunia dengan masing-masing mempunyai jumlah kes sebanyak 187,000 dan 168,000 kes.

Jerman pula berada di kedudukan keenam bagi kes jangkitan tertinggi dengan 165,000 kes. Rusia seterusnya berada di kedudukan ke-7 selepas Jerman dengan 134,000 kes jangkitan.

Turki dan Brazil pula masing-masing mencatatakan angka sebanyak 126,000 dan 101,000 kes jangkitan setakat ini.

Kes semasa di Singapura

kes positif covid-19

Di negara jiran terdekat kita Singapura, sehingga kini sebanyak 18 kematian telah dicatatkan di republik itu sejak kematian pertama direkodkan bermula 21 Mac yang lepas.

Pada Ahad, 3 Mei 2020, sebanyak 657 kes baharu dicatatkan berlaku di Singapura, dengan 13 kes dalam fasiliti komuniti, 18 kes dalam kalangan pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama dan 626 kes dalam kalangan pemegang permit kerja yang tinggal di asrama. Kebanyakan kes baharu yang berlaku di Singapura pada ketika ini adalah daripada kluster pekerja-pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja.

Kesimpulan

Kita perlu bersyukur memandangkan Malaysia masih lagi mempunyai kadar jangkitan COVID-19 yang terkawal. Pertambahan kes baharu juga tidaklah berlaku secara mendadak setiap hari, dan kadar kematian yang berlaku juga sudah semakin perlahan.

Namun, ia bukanlah alasan untuk kita leka dengan mengabaikan segala norma baharu yang telah disarankan oleh kerajaan. Sentiasalah mengamalkan kebersihan diri dan amalkan penjarakan sosial di mana sahaja anda berada.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsi Artikel

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp