Jumlah Kes Positif COVID-19 Di Seluruh Dunia

Positif
18,993,698
+28,300
Kematian
711,490
+1,204
Sembuh
12,182,831
Active
6,099,377
Last updated: August 6, 2020 - 8:25 am (+00:00)

Prosiding Permohonan Reman Akan Dilakukan Di Balai Polis Sahaja Sepanjang PKP

balai polis

Kita mungkin menyangkakan bahawa semua orang akan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dengan baik di seluruh negara. Namun, realitinya ia tidak seperti yang kita harapkan. Untuk setiap negeri, polis terpaksa menahan sehingga lebih daripada 600 individu di balai polis kerana masih ingkar terhadap arahan PKP tersebut.

Bagi mengurangkan pergerakan dan kontak pesalah-pesalah ini dengan pihak polis dan individu lain di saat wabak COVID-19 melanda, prosiding permohonan reman akan mula dijalankan di balai polis sahaja di seluruh negara. 

Jumlah Kes Positif COVID-19 Di Malaysia

Positif
9,023
Kematian
125
Sembuh
8,702
Active
196
Last updated: August 6, 2020 - 8:25 am (+00:00)

Prosiding reman tidak perlu hadir ke mahkamah

balai polis

 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, arahan tersebut diberikan setelah mendapat persetujuan Ketua Hakim Negara iaitu Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.

Sebelum ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon untuk mengadakan prosiding permohonan reman dilakukan di balai polis sahaja sepanjang tempoh PKP.

Ia kemudiannya telah dipersetujui oleh Ketua Hakim Negara agar mereka yang ditahan ini tidak perlu untuk hadir ke mahkamah. 

Kurangkan penyebaran dan risiko jangkitan COVID-19

Langkah ini jelas bertujuan untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak jangkitan COVID-19 dengan meminimumkan pergerakan  Orang Yang Disyaki (OYDS) dari balai polis ke bangunan mahkamah bagi pendengaran permohonan reman.

Namun, bagi menjaga ketinggian mahkamah dan prosiding yang dijalankan untuk sah, beberapa garis panduan perlulah dipatuhi.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan telah meletakkan beberapa garis panduan yang perlu diikuti oleh pihak PDRM, antaranya ialah:

  • Pemakluman awal kepada mahkamah yang berkaitan
  • Mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan COVID-19
  • Menjaga keselamatan pegawai, kakitangan mahkamah serta peguam
  • Tidak menafikan hak Orang Yang Disyaki (OYDS) untuk mendapatkan dan diwakili peguam mereka

Bagi prosiding permohonan reman yang biasa dilakukan sebelum ini, Orang Yang Disyaki ini biasanya akan dibawa dari balai polis ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan perintah tahanan reman selama 14 hari daripada hakim.

Perintah tahanan reman ini dipohon untuk membantu siasatan polis.

Kesimpulan

Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dengan mematuhi segala perintah dan arahan pihak kerajaan dan pihak berkuasa.

Jika anda kekal berada di rumah dan sentiasa mengikuti arahan, anda bukan sahaja boleh menyelamatkan diri anda daripada sebarang dakwaan mahkamah, malah anda juga mengurangkan beban tugas pihak polis.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.