Mengejutkan! Lebih 90 Kluster Jangkitan COVID-19 Ada Di Singapura

covid-19 singapura

Negara jiran kita iaitu Singapura telah mencatatkan peningkatan jangkitan COVID-19 sehingga 4 kali ganda berbanding Malaysia. Semestinya kadar jangkitan di Singapura sekarang ini adalah jauh lebih tinggi berbanding kadar kesembuhan keseluruhan. COVID-19 Singapura ternyata lebih menggerunkan walaupun populasi mereka jauh lebih kecil berbanding kita di Malaysia.

Jangkitan semasa COVID-19 Singapura

covid-19 singapura

Sehingga 11 Mei 2020, kes COVID-19 Singapura telah mencatatkan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 23,336 kes. Pada 10 Mei 2020, kes jangkitan baharu di Singapura ialah sebanyak 876 kes selain wujud 9 lagi kluster baharu jangkitan.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, daripada jumlah keseluruhan kes baharu harian COVID-19 Singapura itu, hanya 3 kes sahaja yang melibatkan rakyat tempatan manakala yang lain adalah kes yang melibatkan pekerja-pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja.

Taburan kes COVID-19 Singapura

Sebelum ini, Singapura telah mengikuti jejak langkah Malaysia dengan melakukan perintah kawalan pergerakan yang dinamakan sebagai Circuit Breaker.

Sehingga hari ini, 1,283 kes di Singapura ialah kes komuniti, 579 pula ialah kes import dan 627 pula adalah kes pekerja asing yang tinggal di luar asrama.

Bakinya yang berjumlah 22,460 adalah kes kluster pekerja asing yang tinggal di asrama. Kes pekerja asing yang tinggal di asrama ini mewakili sebanyak 88.9% daripada peratusan keseluruhan kes jangkitan COVID-19 Singapura.

Lebih 90 kluster jangkitan di Singapura

Sehingga hari ini, terdapat lebih daripada 90 kluster jangkitan virus ini di Singapura. Kluster jangkitan terbesar ialah kluster Asrama S11@Punggol dengan 2,545 kes dicatatkan daripada kluster ini sahaja. 

Taburan rawatan jangkitan

covid-19 singapura

Sehingga hari ini juga, seramai 2,296 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital manakala 1,124 masih mendapatkan rawatan dengan 23 daripadanya berada di unit rawatan rapi. 

Jumlah kematian di Singapura akibat jangkitan ini pula ini hanyalah 20 orang.

Kesimpulan

Telah terbukti bahawa langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini membuahkan hasil. Apatah lagi, kerajaan Malaysia antara negara terawal yang melaksanakan perintah kawalan pergerakan ini sekaligus berjaya mengekang jangkitan daripada menjangkiti lebih ramai individu. 

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Sebar Ilmu Ke Media Sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on telegram
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email