Batalkan Bazar Ramadhan, Satu Tindakan Tepat Untuk Tangani Wabak COVID-19?

bazar

Pelaksanaan bazar ramadhan ketika wabak virus korona baharu (COVID-19) sedang menular bukanlah satu tindakan yang bijak. Semua orang tahu akan hal itu.

Namun, jika jumlah kes positif dan kematian COVID-19 semakin reda menjelang ramadhan, adakah wajar tindakan membenarkan pembukaan bazar ramadhan bagi membantu peniaga kecil?

Ini merupakan satu keputusan yang agak sukar memandangkan bulan yang mulia tersebut menampilkan pelbagai aktiviti kluster termasuklah bazar ramadhan.

Setakat ini di Malaysia, jumlah mereka yang dijangkiti adalah seperti berikut:

[covid19 country=”Malaysia” title=”Jumlah Kes Positif COVID-19 Di Malaysia” style=”3″ dark_mode=”no” label_total=”Jumlah” label_confirmed=”Positif” label_deaths=”Kematian” label_recovered=”Sembuh”]

Beberapa negeri di Malaysia telah mengumumkan pembatalan bazar bagi mengelakkan kejadian lonjakan wabak ketiga.

Namun begitu, perkara ini tidak bermakna rakyat tidak boleh berniaga semasa bulan ramadhan. Kebanyakan negeri yang membatalkan aktiviti bazar membenarkan peniaga kecil untuk terus memberikan servis secara atas talian.

Pembatalan bazar ramadhan oleh negeri di Malaysia

bazar

Bukan semua negeri di Malaysia yang telah mengambil keputusan untuk membatalkan bazar ramadhan.

Namun, jika dilihat pada keadaan semasa, berkemungkinan besar perkara tersebut akan berlaku. Ia memandangkan jumlah kes positif yang masih dalam lingkungan 100 hingga 200 individu.

Sekiranya jumlah kes positif jatuh sekalipun, keputusan membenarkan pembukaan bazar tidak akan dibuat swenang-wenangnya.

Ini berikutan, keupayaan virus ini untuk hidup dorman di dalam badan manusia tidak sepatutnya dipandang ringan.

Berikut merupakan respon setiap negeri di Malaysia:

  1. Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor menitahkan rakyat supaya melupakan bazar bagi membantu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melawan COVID-19. Baginda bimbang akan potensi virus untuk merebak apabila terdapat kontak rapat besar-besaran berlaku.
  2. Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan masih dalam proses membincangkan cadangan berkenaan dengan pelaksanaan jika ada bersama dengan badan autoriti berkaitan.
  3. Menteri Besar Selangor dan Kedah membatalkan penganjuran bazar pada hari yang sama pada 1 April 2020. Keputusan dibuat atas keadaan semasa namun jika kebenaran diperoleh daripada KKM, ia akan dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
  4. Menteri Besar Negeri Sembilan telah mengumumkan berkenaan dengan larangan penganjuran bazar pada 26 Mac 2020.
  5. Kerajaan Terengganu komited untuk turut serta mengekang kemaraan wabak COVID-19. Mereka membatalkan bazar namun menggantikannya dengan bazar atas talian.
  6. Menteri Besar Kelantan berkata bazar mungkin tidak akan dianjurkan pada 29 Mac yang lalu.
  7. Majlis Bandaraya Kuching Selatan telah mengambil langkah awal membatalkan bazar ramadhan pada tahun ini. Kerajaan Negeri masih lagi tidak mengeluarkan pernyataan rasmi berkenaan dengan hal ini.
  8. Penulis tiada maklumat yang diperoleh daripada Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Sabah.

Banyakkan beramal pada bulan ramadhan

covid

Ketiadaan bazar tidak bermakna tiada erti menyambut bulan ramadhan. Bazar bukanlah matlamat utama sambutan bulan ramadhan.

Umat Islam secara umumnya menyambut baik dan gembira akan ketibaan bulan ramadhan kerana ia bulan yang berkat dan penuh dengan rezeki.

Bazar hanyalah bibit kegembiraan yang boleh dijumpai semasa bulan ramadhan. Jika tiada, banyak bibit yang lain yang boleh dicari bagi menggembirakan hati.

Larangan penganjuran bazar ramadhan ini dilihat sebagai satu keperluan memandangkan angka kematian dan jangkitan meningkat hari demi hari.

Pastikan anda mematuhi perintah kawalan pergerakan dan jangan lupa untuk amalkan jarak sosial dan langkah pencegahan lain.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Sebar Ilmu Ke Media Sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on telegram
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email