Jumlah Kes Positif COVID-19 Di Seluruh Dunia

Positif
10,409,518
+6,612
Kematian
508,091
+563
Sembuh
5,664,569
Active
4,236,858
Last updated: June 30, 2020 - 4:29 am (+00:00)

COVID-19 Perancis: Perancis Lanjutkan Lagi PKP Sehingga 2 Bulan!

covid-19 perancis

Selain Amerika Syarikat, negara Perancis turut disenaraikan sebagai antara yang terjejas teruk diserang jangkitan wabak COVID-19 di dunia. Kes jangkitan dan juga kematian di Perancis tidak menunjukkan perkembangan positif. Kes COVID-19 Perancis semakin meningkat daripada hari ke hari.

Kes COVID-19 Perancis sehingga hari ini telah mencatatkan 167,346 kes jangkitan dengan 24,594 kematian.

Lanjutkan PKP 2 bulan lagi

Oleh sebab itu, kerajaan Perancis telah mengumumkan cadangan untuk melanjutkan perintah kawalan pergerakan sehingga 2 bulan lagi. Menteri Dalam Negeri Perancis, Olivier Veran mengumumkan bahawa perintah kawalan pergerakan di negara tersebut akan terus dilaksanakan sehingga 24 Julai 2020.

Menurut Olivier Veran lagi, adalah terlalu awal untuk kerajaan melonggarkan perintak kawalan pergerakan pada masa sekarang disebabkan oleh situasi semasa COVID-19 Perancis yang semakin memburuk.

Situasi berbeza dengan Malaysia

covid-19 perancis

Untuk pengetahuan semua, Perancis telah memulakan perintah kawalan pergerakan di negara tersebut sejak 24 Mac yang lalu, iaitu hanya 6 hari lewat berbanding Malaysia. Namun, perkembangan hasil daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan itu amatlah berbeza berbanding Malaysia.

Di Malaysia, perintah kawalan pergerakan berjaya melandaikan graf jangkitan. Kes-kes jangkitan yang telah sembuh meningkat dari hari ke hari dan ia sudah pun melepas separuh daripada keseluruhan kes jangkitan.

Kes baharu juga sudah semakin berkurangan dan begitu juga dengan kes aktif di setiap negeri yang semakin berkurangan. 

Kadar kematian yang direkodkan di Malaysia akibat jangkitan wabak ini turut semakin perlahan berbanding COVID-19 Perancis.

Perancis masih terima kemasukan pelancong

covid-19 perancis

Walaupun wabak COVID-19 Perancis kelihatan semakin memburuk, Perancis masih lagi menerima kemasukan pelancong luar negara ke negara itu. Namun, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pelancong luar negara sebaik sahaja tiba di negara itu.

Salah satunya, pelancong dikehendaki untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari. 

Kesimpulan

Jika dilihat dengan tindakan yang diambil oleh Malaysia, ia jelas menunjukkan bahawa negara kita yang tercinta ini lebih bersedia dengan ancaman jangkitan wabak COVID-19. Selain itu, kaedah pengesanan dan rawatan pesakit juga diiktiraf antara yang terbaik di dunia setakat ini. 

Tindakan awal kerajaan dalam melaksanakan perintah kawalan pergerakan di negara ini adalah satu tindakan pantas yang wajar dipuji kerana ia jelas berjaya mengekang wabak ini daripada menyebar sama ada bagi kes tempatan mahupun kes import. 

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsi Artikel

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp