Jumlah Kes Positif COVID-19 Di Seluruh Dunia

Positif
10,918,178
+123,016
Kematian
521,352
+3,294
Sembuh
6,105,635
Active
4,291,191
Last updated: July 2, 2020 - 5:57 pm (+00:00)

UK Tandatangani Perjanjian Bagi Dapatkan 100 Juta Dos Vaksin COVID-19 Pertama!

vaksin covid-19

Usaha penghasilan vaksin COVID-19 sudah mula menampakkan perkembangan positif setiap hari. Beberapa negara-negara maju seperti China, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat sebelum ini sudah memulakan langkah awal berkenaan penyelidikan bagi menghasilkan vaksin melawan virus COVID-19.

UK hampiri sinar hasilkan vaksin COVID-19

Terbaharu, United Kingdom sudah mula mengorak langkah positif dengan agak pantas memandangkan usaha mereka untuk menghasilkan vaksin sudah mula menampakkan hasil.

United Kingdom dijangka akan memperoleh sebanyak 100 juta dos vaksin COVID-19 melalui kajian yang dijalankan oleh Universiti Oxford jika kajian tersebut berjaya menemui vaksin tersebut.

Baru-baru ini, Universiti Oxford telah menandatangai perjanjian perlesenan bersama dengan syarikat farmaseutikal Astrazeneca bagi mengeluarkan anggaran 100 juta dos vaksin COVID-19.

Perjanjian perlesenan antara syarikat Astrazeneca bersama Universiti Oxford ini telah disokong oleh kerajaan United Kingdom sendiri.

Tidak lupa negara berpendapatan rendah

vaksin covid-19

Perjanjian perlesenan tersebut bertujuan bagi menghasilkan dan mengkomersialkan vaksin tersebut.

United Kingdom akan mendapat akses pertama terhadap vaksin tersebut, namun kerajaan United Kingdom turut akan memberikan perhatian kepada negara-negara berpendapatan rendah.

Difahamkan bahawa negara-negara berpendapatan rendah juga akan mendapat akses terhadap vaksin tersebut dengan harga yang lebih rendah. 

Kajian berjalan dengan baik, namun tiada jaminan akan memperolehinya

Sehingga hari ini, kajian berkenaan penghasilan vaksin COVID-19 masih berjalan dengan baik di Universiti Oxford.

Namun, pihak kerajaan United Kingdom menyatakan bahawa masih tiada jaminan bahawa vaksin tersebut akan ditemukan dengan pasti.

Masih kenal pasti kaedah rawatan terbaik

vaksin covid-19

Biarpun begitu, di samping menunggu kemunculan vaksin COVID-19, kerajaan United Kingdom masih bekerjasama dengan pakar-pakar perubatan dan juga saintis bagi mengenal pasti kaedah terbaik bagi merawat pesakit positif COVID-19.

Kajian berkenaan kaedah terbaik ini melibatkan sebanyak 6 jenis kaedah rawatan.

Kesimpulan

Sehingga hari ini, kita masih lagi menunggu kemunculan vaksin koronavirus ini yang mungkin mengambil masa antara satu hingga 2 tahun lagi.

Disebabkan tempoh yang diambil untuk menghasilkan vaksin ini masih panjang, maka kita perlu sentiasa berhati-hati dengan situasi semasa di sekitar kita.

Sentiasa amalkan penjarakan sosial dan elakkan berada di tempat-tempat yang sesak tanpa keperluan.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsi Artikel

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp