Jumlah Kes Positif COVID-19 Di Seluruh Dunia

Positif
10,497,265
+94,359
Kematian
510,621
+3,093
Sembuh
5,724,016
Active
4,262,628
Last updated: June 30, 2020 - 5:30 pm (+00:00)

Seorang Pekerja Sah Positif COVID-19 Di Pasar Borong Melaka, 1,000 Yang Lain Diarahkan Jalani Ujian Saringan!

pasar borong melaka

Kes kluster jangkitan COVID-19 di pasar-pasar mula menjadi trend sejak kebelakangan ini. Sebelum ini, pasar seperti Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur telah menjadi antara titik panas jangkitan wabak virus COVID-19. Terbaharu, Pasar Borong Melaka pula menjadi tumpuan apabila seorang daripada pekerja di sana telah disahkan positif jangkitan tersebut.

1,000 diarahkan jalani ujian saringan

Sekitar 1,000 orang pekerja dan juga peniaga yang berniaga di Pasar Borong Melaka di Batu Berendam telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) selepas seorang pekerja di Pasar Borong Melaka tersebut telah disahkan positif jangkitan.

Menurut EXCO Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka, Rahmad Mariman, lelaki yang dijangkiti tersebut berusia 30an dan merupakan seorang pekerja yang bekerja di salah sebuah gerai menjual ayam di pasar tersebut.

Lelaki terbabit telah disahkan positif jangkitan selepas terbabit dalam ujian saringan secara rawak oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka pada 11 Mei yang lalu.

Operasi pasar masih diteruskan

pasar borong melaka

Namun, operasi pasar tersebut masih lagi berjalan seperti biasa pada keesokan harinya dan hanya gerai ayam terbabit yang diarahkan tutup. Sebanyak 200 gerai lain masih beroperasi seperti biasa. 

Tidak ada kaitan dengan kluster pasar borong lain

Siasatan awal mendapati bahawa lelaki yang dijangkiti virus COVID-19 tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kluster pasar borong yang lain.

Ini kerana peniaga-peniaga di pasar tersebut tidak mendapatkan bekalan bahan jualan di pasar borong tersebut. 

Namun, pihak berwajib masih lagi sedang mengenal pasti punca kepada jagkitan yang dialami lelaki terbabit sama ada ia adalah jangkitan daripada kontak rapat pesakit lain mahupun kes sporadik. 

Menurut Rahmad Mariman lagi, pihak MPHTJ telah mensyaratkan kesemua pekerja dan peniaga untuk melakukan ujian saringan COVID-19 dan ujian tersebut sedang dilakukan di Klinik Kesihatan Batu Berendam.

Pihak MPHTJ mensasarkan agar sekurang-kurangnya 1,000 orang menjalani ujian tersebut.

Kesimpulan

pasar borong melaka

Kadangkala kita berasakan seperti tiada kemungkinan untuk jangkitan COVID-19 ini berlaku di kawasan kita. Namun, kes jangkitan seperti kes Pasar Borong Melaka ini telah menunjukkan hal yang sebaliknya.

Bahkan individu yang dijangkiti itu tidak mempunyai kaitan dengan kluster pasar borong lain di Kuala Lumpur. Bagaimana ia mungkin terjadi?

Oleh sebab itu, amalkan kebersihan diri dan sentiasa lakukan penjarakan sosial di mana sahaja anda berada. Di bandar mahupun di kampung, potensi untuk wabak ini menjangkiti anda tetap akan berlaku jika tiada langkah pencegahan diambil.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsi Artikel

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp