Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Petronas Sumbang RM20 Juta Untuk Beli Keperluan Perubatan Melawan COVID-19

Pada ketika ini, pasukan kesihatan negara berhadapan dengan sedikit kesukaran iaitu kekurangan peralatan perubatan yang mencukupi bagi merawat pesakit COVID-19.

Namun, kekurangan yang terpaksa dihadapi oleh petugas-petugas kesihatan negara ini terus mendapat perhatian pelbagai pihak. Ini termasuklah syarikat petroleum negara, Petronas.

Sumbang RM20 juta untuk keperluan peralatan perubatan semasa negara

peralatan perubatan

Baru-baru ini, Petronas menyatakan dalam satu siaran akhbarnya bahawa mereka akan menyumbang sumbangan sebanyak RM20 juta bagi tujuan keperluan semasa sektor kesihatan negara, khususnya bagi pembelian peralatan perubatan.

Sumbangan itu disalurkan melalui Yayasan Petronas, yang merupakan sebuah yayasan milik Petronas bagi tujuan tanggungjawab sosial korporat. 

Sumbangan sebanyak RM20 juta itu akan diberikan kepada hospital-hospital yang diwartakan bagi mencegah penyebaran wabak jangkitan COVID-19.

Bantuan tersebut akan disalurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA) secara berperingkat. 

Bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk peralatan perubatan dan bekalan perubatan kritikal kepada hospital dan pusat kuarantin yang terlibat.

Antara peralatan perubatan yang diberikan ialah:

  • Alat bantuan pernafasan
  • Katil dan tilam
  • Kamera pengimejan termal
  • Termometer digital
  • Kit ujian virus
  • Pelindung hidung dan mulut
  • Peralatan perlindungan peribadi (PPE)

Meneruskan kesinambungan sumbangan Petronas Dagangan Berhad

Sebelum ini, Petronas Dagangan Berhad yang juga anak syarikat milik Petronas telah membuat sumbangan pemberian air mineral Mesra dan roti bun Mesra Bites. 

Sumbangan tersebut diberikan kepada kakitangan perubatan yang bertugas di Pusat Pengesanan COVID-19 di Hospital Sungai Buloh, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Petronas menyokong inisiatif kerajaan bagi pembelian peralatan perubatan

Sebelum itu pada hari yang sama, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan pembelian keperluan peralatan perubatan.

Selain daripada itu, kerajaan juga memperuntukkan satu peruntukan khusus berjumlah RM100 juta bagi pelantikan 2,000 kakitangan baharu KKM secara kontrak bagi membantu menangani wabak COVID-19 ini. 

Jururawat akan menjadi antara kumpulan teramai yang akan diambil dibawah kontrak baharu ini. Pengambilan baharu ini juga akan dilaksanakan secepat yang mungkin dalam masa terdekat.

Pelantikan baharu ini dilakukan apabila menyedari bahawa kebanyakan jururawat dan kakitangan hospital yang lain terpaksa bekerja lebih masa sehingga mengalami keletihan. 

Keletihan mereka ini disebabkan oleh pertambahan bagi saringan kes COVID-19 selain memberikan rawatan kepada pesakit yang disahkan positif jangkitan.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain