Jumlah Kes Positif COVID-19 Di Seluruh Dunia

Positif
10,228,394
+153,279
Kematian
503,985
+3,361
Sembuh
5,546,449
Active
4,177,960
Last updated: June 28, 2020 - 11:16 pm (+00:00)

Ini Antara Protes Terhadap Sekatan PKP Di Seluruh Dunia, UK Salah Satunya!

protes covid-19

Rakyat di Malaysia boleh dikatakan menerima dengan baik arahan kerajaan untuk mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Namun, tidak semua penduduk dunia memberikan reaksi yang sama terhadap tindakan seperti ini. Adakah anda tahu, ada beberapa lokasi di dunia ini dimana rakyat mereka melakukan protes COVID-19 dan tidak mahu melakukan kuarantin atau mengawal pergerakan mereka?

Antara sebab protes COVID-19 ini dilakukan ialah kerana tidak bersetuju dengan langkah kerajaan menutup beberapa sektor ekonomi dan ada juga yang melakukan protes COVID-19 atas nama kebebasan diri. 

Berikut adalah antara protes yang dilakukan di seluruh dunia ketika ini.

Protes COVID-19 Afghanistan

protes covid-19

Seramai 6 orang terbunuh dalam protes COVID-19 yang dilakukan di bahagian barat negara Afghanistan. Protes dilakukan bertujuan untuk menggesa kerajaan menghulurkan sokongan atau bantuan disebabkan sekatan kawalan pergerakan yang dilaksanakan di negara itu.

Selain 6 orang maut, 19 peserta protes pula dilaporkan cedera. Daripada jumlah tersebut, 9 orang adalah anggota polis tempatan.

Kebanyakan penduduk di kawasan tersebut hanya bergantung kepada pendapatan harian sahaja. Sekatan yang dilaksanakan itu sekaligus menutup punca rezeki mereka yang menyebabkan protes diadakan.

Protes COVID-19 United Kingdom

Di London pula, sekitar 40 hingga 50 orang telah melakukan protes yang sama yang diadakan berhampiran dengan jambatan Westminster. Antara sepanduk yang dinaikkan oleh peserta protes berbunyi “ Kami tidak akan ditipu, dijejaki dan diperangkap.”

Selain itu, antara yang menyertai protes di London tersebut adalah golongan yang mempercayai teori konspirasi berkenaan teknologi 5G. Mereka percaya bahawa wabak COVID-19 ini disebarkan melalui menara pemancar 5G. 

Protes di Stuttgart, Jerman

protes covid-19

Ribuan peserta protes telah berkumpul di sebuah bandar bernama Stuttgart, Jerman untuk tujuan yang sama iaitu memprotes sekatan yang dilakukan oleh kerajaan mereka. Mereka menyatakan bahawa sekatan tersebut jelas melanggar hak kebebasan mereka untuk bergerak.

Peserta protes di Stuttgart, Jerman ini dianggarkan seramai kurang 10,000 orang.

Kesimpulan

Penerimaan rakyat Malaysia terhadap tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan sememangnya amat baik. Berdasarkan ranking dunia, Malaysia berada di tangga ke-4 di dunia bagi isu penerimaan tindakan kerajaan oleh rakyat.

Jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia lebih terbuka dan berdisiplin berbanding negara-negara maju yang lain. Syabas rakyat Malaysia. 

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsi Artikel

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp