Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Selain Paru-paru, Saluran Darah Dan Sistem Saraf Turut Jadi Sasaran COVID-19!

Sebelum ini, kita mengetahui bahawa antara organ sasaran COVID-19 ialah jantung, otak dan juga sistem pernafasan seperti paru-paru. Namun, ada beberapa lagi organ lain yang telah dijadikan sasaran COVID-19 apabila ia mula menyerang tubuh badan manusia. 

Penemuan ini adalah berdasarkan hasil kajian berterusan terhadap wabak yang sedang melanda dunia itu. Antara organ lain yang menjadi sasaran COVID-19 ialah:

Jantung

Berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap 400 kes di Wuhan, China, mereka mendapati bahawa ⅕ daripada pesakit ini mengalami kecederaan pada jantung yang boleh membawa maut.

Menurut salah satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science, virus yang menyerang ini telah menyebabkan kesan langsung pada laluan ke jantung melalui saluran darah yang telah rosak akibat kekurangan oksigen.

Kekurangan oksigen yang berlaku pula adalah disebabkan oleh kecederaan yang berlaku pada paru-paru.

Otak dan juga sistem saraf

sasaran covid-19

Tahukah anda, lebih daripada ⅓ daripada keseluruhan 214 orang pesakit jangkitan COVID-19 di Wuhan menunjukkan simptom kehilangan deria bau, rasa dan juga penglihatan.

Melalui kajian yang telah dijalankan, berkemungkinan virus ini turut menyerang saraf yang berada di bahagian otak yang kemudiannya menyebabkan simptom-simptom seperti yang dinyatakan di atas ini.

Selain itu, ada juga pesakit yang mengalami masalah berkaitan neurologi seperti sawan, strok, masalah penglihatan dan juga kecederaan pada otot.

Saluran darah

Saluran darah merupakan antara organ lain dalam tubuh yang menjadi tumpuan serangan virus ini. Ini mungkin menjawab persoalan mengapa pesakit darah tinggi turut mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti virus COVID-19.

Melalui kajian yang diterbitkan oleh Thrombosis Research, berlakunya sekatan pada saluran darah dalam kalangan pesakit yang dijangkiti COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Saluran pencernaan

sasaran covid-19

Kajian yang diterbitkan di jurnal Gastroenterology pula menunjukkan bahawa antara organ lain yang menjadi sasaran COVID-19 ialah pada saluran pencernaan tubuh. Ini berdasarkan bukti wujudnya kesan virus ini pada najis pesakit.

Selain itu, separuh daripada mereka yang dijangkiti ini juga dilaporkan mengalami cirit-birit.

Kesimpulan

Kini, anda telah mengetahui bahawa virus ini bukan sahaja menjejaskan saluran pernafasan anda seperti paru-paru, malah ia turut menyerang dan menjejaskan organ lain di dalam tubuh. 

Oleh itu, sentiasalah menjaga kebersihan diri dan mengamalkan norma baharu seperti penjarakan sosial terutama sekali di tempat-tempat awam.

Ini bagi memastikan bahawa virus ini tidak menjangkiti anda terutamanya jika anda adalah antara golongan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain