Jumlah Kes Positif COVID-19 Di Seluruh Dunia

Positif
18,993,698
+28,300
Kematian
711,490
+1,204
Sembuh
12,182,831
Active
6,099,377
Last updated: August 6, 2020 - 8:25 am (+00:00)

Sikap Kita Tentukan Tempoh Perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan

perintah kawalan pergerakan

Tahukah anda, kepatuhan rakyat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini sebenarnya sudah mencapai 97% di seluruh negara.

Namun adakah ia sudah mencukupi bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 ini?

Kepatuhan 100% diperlukan

Jika kita lihat kepada angka 97% tersebut, ia sememangnya satu angka atau pertusan yang boleh dibanggakan.

Tetapi kita bukanlah dalam satu permainan, tetapi satu peperangan. Peperangan menghadapi satu pandemik yang boleh meragut nyawa. 

Oleh itu, kita tidak boleh mendabik dada dengan angka 97% tersebut. Bahkan, kita mesti mendapatkan kepatuhan 100% apabila ia berkaitan dengan wabak seperti COVID-19 ini. 

Pada hari Sabtu, 28 Mac 2020, jumlah individu yang ditahan di seluruh negara kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah sebanyak 649 orang.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan angka daripada hari sebelumnya. 

Ini menunjukkan bahawa, masih ramai daripada anggota masyarakat yang tidak mengambil endah berkenaan amaran jangkitan wabak ini. 

Baru-baru, dilaporkan beberapa individu telah ditahan disebabkan menunaikan solat Isyak secara berjemaah di sebuah masjid di Negeri Perak.

Kerajaan tidak melarang kita untuk solat berjemaah, namun pada saat wabak yang menyerang tidak mengenal usia, masa, golongan dan tempat ini, adalah lebih baik jika kesemua anggota masyarakat hanya berada di rumah. 

Jika anda tinggal di rumah tanpa berkumpul dengan individu lain di luar, anda bukan sahaja melindungi diri anda tetapi anda mengelakkan individu lain daripada mendapat jangkitan.

Operasi Nyah Cemar wabak di seluruh negara

Hari ini, 30 Mac 2020, kerajaan akan melakukan Operasi Nyah Cemar wabak COVID-19 secara besar-besaran di seluruh negara. Ia akan melibatkan beberapa kawasan yang telah dikategorikan sebagai Zon Merah dan Zon Jingga.

Operasi ini akan melibatkan beberapa pihak yang terbabit seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal.

Antara tujuan operasi ini adalah semestinya untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 terutama sekali di kawasan-kawasan panas.

Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan berkaitan telah melakukan operasi yang sama bagi menghapuskn jangkitan wabak. 

Antaranya pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang melakukan proses sanitasi di sekitar ibu kota terutamanya di Sri Petaling.

15 PBT di Perak juga telah melaksanakan tindakan yang sama awal minggu ini. Begitu juga dengan Majlis Perbandaran Klang yang telah melakukan sanitasi di 35 lokasi sekitar Klang.

Kesimpulan

Usaha bersama antara pihak kerajaan dan rakyat sememangnya mampu memutuskan rantaian wabak ini.

Jika kita sentiasa mengharapkan tindakan yang pantas dan efisien daripada kerajaan, kita juga perlulah bertindak dengan cara yang sama. Jadilah anggota masyarakat yang bertanggungjawab.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.