Jumlah Kes Positif COVID-19 Di Seluruh Dunia

Positif
10,129,997
+54,882
Kematian
502,210
+1,586
Sembuh
5,494,422
Active
4,133,365
Last updated: June 28, 2020 - 2:16 pm (+00:00)

Kedai Gunting Rambut Masih Tidak Dibenarkan Beroperasi, Ambil Iktibar Daripada Peristiwa Di Luar Negara

kedai gunting

Pasti ramai yang sudah tidak senang duduk, mahu ke kedai gunting rambut. Almaklumlah, rambut sudah panjang. 

Walau bagaimanapun, hasrat tersebut mungkin tidak kesampaian dalam masa terdekat meskipun kerajaan membenarkan beberapa sektor bukan kritikal untuk beroperasi.

Tindakan tersebut diambil berdasarkan kepada fenomena jangkitan COVID-19 di luar negara dalam kalangan tukang gunting dan pelanggan.

Jumlah kes baharu sudah pun berkurangan hari demi hari, namun, itu tidak bermakna kita boleh mengambil mudah akan keadaan tersebut.

Jika tidak berhati-hati, kluster COVID-19 baharu boleh muncul dan perkara ini berupaya untuk merumitkan lagi keadaan sedia kala.

Risiko jangkitan masih tinggi dalam kalangan tukang gunting dan pelanggan

tukang gunting rambut

Seperti yang pembaca sedia maklum, jangkitan virus korona baharu (COVID-19) boleh berlaku walaupun penyebar tidak menunjukkan simptom.

Malah, menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hampir 88% daripada mereka yang didiagnosis tidak bergejala pada fasa awal jangkitan.

Perkara ini perlu dititikberatkan kerana tanpa amalan jarak sosial, jangkitan mudah tersebar kepada individu lain.

Tukang gunting rambut bukan sahaja perlu berdiri berdekatan dengan pelanggan semasa berkerja malah keadaan itu berlangsung untuk satu jangka masa yang lama.

Dalam keadaan tersebut, penularan boleh berlaku di antara tukang gunting rambut dan pelanggan atau mereka yang menunggu giliran untuk menggunting.

Pemeriksaan suhu badan, walaupun merupakan salah satu langkah untuk membezakan mereka yang bergejala, tidak begitu efektif sebagai langkah membendung jangkitan.

Situasi gunting rambut dan COVID-19 di luar negara

tukang gunting rambut

Perkara yang disebutkan di atas bukan hanya sekadar teori. Ia telah berlaku kepada banyak kes di luar negara.

Di India Tengah, Madhya Pradesh, 6 pelanggan yang hadir ke sebuah kedai salon rambut telah disahkan positif COVID-19.

Menurut mereka yang terlibat, tukang gunting rambut tersebut telah menggunakan kain yang sama untuk keenam pelanggan.

Tukang gunting rambut tersebut telah disahkan negatif maka sumber jangkitan mungkin berasal daripada pelanggan berjangkit yang pertama menggunakan kain tersebut.

Di Hong Kong, seorang pesakit bergejala telah mendapatkan khidmat pergigian dan gunting rambut.

Risiko bagi doktor gigi tersebut mungkin rendah memandangkan dia memakai alat perlindungan peribadi namun, tukang gunting rambut dan pekerja yang terlibat terpaksa disaring.

Di Indonesia, tular video mengenai seorang tukang gunting rambut yang memakai sarung muka dan sut plastik sebelum memulakan perkhidmatan menggunting rambut.

Ujarnya, jangan salah faham, sut tersebut bukan dipakai kerana seronok atau untuk nampak pelik, ia untuk melindungi dirinya daripada virus COVID-19.

10 kes positif dalam kalangan penjaga keselamatan pusat beli-belah di Cheras 

Tindakan KKM untuk tidak membenarkan pembukaan khidmat gunting rambut adalah untuk menilai kembali risiko jangkitan semasa sebelum membuat sebarang garis panduan untuk sektor perkhidmatan seperti tukang gunting rambut.

Perkara ini dibuat selaras dengan penemuan 10 kes positif yang menular dalam kalangan pengawal keselamatan di salah sebuah pusat beli belah Cheras.

9 daripada mangsa merupakan warganegara Nepal manakala seorang lagi merupakan rakyat Malaysia.

Kluster baharu merupakan risiko kepada perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang diusulkan khas untuk membuka semula sektor perniagaan di Malaysia.

Bagi sesetengah perkhidmatan seperti rumah urut dan kedai tukang gunting rambut, jarak di antara pelanggan dan pekerja kurang daripada 1 meter.

Ini meningkatkan risiko jangkitan dan penyebaran menyebabkan jumlah kes baharu boleh meningkat jika tiada tindakan selanjutnya diambil.

Konklusi

cukur

Apa yang kita perlu sedar adalah walaupun keadaan sedang semakin baik, masih terlalu awal untuk kita menyusun strategi “keluar”.

Angka jangkitan global kini sudah hampir dengan 4 juta. Apa yang lebih teruk adalah angka kematian turut merangkak perlahan-lahan menghampiri 300,000.

Buat masa sekarang, perkhidmatan dan pembukaan kedai gunting rambut perlu dibincangkan dengan lebih teliti sebelum kerajaan boleh mengeluarkan garis panduan operasi.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsi Artikel

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on whatsapp