Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Ikan Ini Suka Masuk Zakar Manusia. Jaga-Jaga Ya!

Jika anda pernah mandi sungai di hutan Amazon, salur kencing anda mungkin berisiko untuk diserang oleh ikan candiru. Ia merupakan salah satu hidupan yang amat menakutkan di kawasan tersebut. Hendak tahu mengapa? Teruskan membaca.

Berenang melawan arus air kencing

air kecil
Gambar sekadar hiasan

Candiru bukanlah satu mitos. Ia merupakan ikan yang sangat kecil namun amat digeruni kerana kebolehannya memasuki rongga-rongga badan terutamanya kemaluan individu, seterusnya menyebabkan kemudaratan.

Sejarah kewujudan ikan ini sudah diketahui beribu tahun lamanya. Pada awal tahun 1800, masyarakat yang tinggal berdekatan dengan sungai Paraguay sedia maklum bahawa mereka tidak boleh membuang air kecil ketika mandi di dalam sungai tersebut. 

Untuk pengetahuan anda, spesies ikan ini bagaikan pontianak. Ia bertindak sebagai parasit dengan memacak duri pada permukaan insang ikan yang lain, menyebabkan pendarahan. Darah tersebut akan diekstrak dan diambil sebagai bahan makanan.

Akhirnya perumah akan mati disebabkan oleh jangkitan kuman, keradangan dan trauma. Jadi jika ikan ini memakan darah, mengapa ia sensitif dengan air kencing manusia?

Jawapannya adalah kerana ia mengesan bahan kumuh yang mengandungi nitrogen yang dikeluarkan melalui air kencing dan produk pernafasan insang ikan. Ikan ini tidak mempunyai penglihatan yang baik, maka ia bergantung kepada bahan nitrogen tersebut dan apabila ia berjaya masuk ke dalam kemaluan manusia, ia akan memacak duri ke dinding salur kencing menyebabkan pendarahan dan kesakitan.

Proses pengekstrakan keluar Candiru dari salur kencing manusia

candiru
Gambar sekadar hiasan

Menurut rekod perubatan, pembedahan bagi tujuan untuk mengekstrak keluar ikan tersebut dilakukan semenjak awal tahun 1800-an. Seorang doktor perubatan yang bernama Castro telah mengeluarkan ikan tersebut daripada kemaluan seorang pesakit yang menjerit kesakitan walaupun dia telah diberi ubat bius setempat yang mencukupi.

Proses pengeluaran ikan tersebut agak traumatik kerana duri yang dipasak pada dinding salur kencing mencengkam kuat dan boleh menyebabkan otot di sekeliling koyak jika direntap keluar secara paksa.

Cara yang digunakan oleh seorang doktor yang bernama Le Cointe agak berbeza dengan apa yang dibuat oleh Castro. Pesakit beliau, seorang wanita telah diberikan ubat bius. Sebelum menarik ikan itu keluar, beliau menolak masuk ikan tersebut untuk memastikan duri yang memacak tersebut tertanggal. Wanita tersebut sembuh sepenuhnya tanpa apa-apa komplikasi.

Pada awal 1900, seorang lelaki yang cuba menarik keluar candiru yang sedang masuk ke dalam zakarnya mengalami kecederaan trauma, memandangkan penarikan ikan tersebut menyebabkan duri-duri kepunyaannya mencarik dinding salur kencing.



Nak mandi di Sungai Amazon ke?

candiru, salur kencing
Gambar sekadar hiasan

Walaupun serangan candiru pada zaman moden ini tidak pernah disaksikan oleh mana-mana pihak, kebanyakan orang menyatakan ia mitos dan sekadar cerita orang tua untuk menakutkan anak-anak mereka. Kes yang terbaru berlaku pada tahun 1997.

Seorang lelaki berusia 23 tahun menegaskan bahawa dia telah diserang candiru dan proses mengeluarkannya mengambil masa 2 jam melalui pembedahan urologi. Walau apa pun, mitos atau realiti, pastikan anda lebih berhati-hati jika anda membuat keputusan untuk mengembara ke dalam hutan Amazon yang penuh misteri. Mana tahu, candiru menunggu!

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain