Pernah Dengar Tentang Penyakit Bulan Mengambang? Ia Mungkin BUKAN Mitos!

penyakit bulan mengambang

Penyakit bulan mengambang? Apakah ia? Adakah ia benar-benar merupakan penyakit atau sekadar mitos semata-mata? Tenang, 3 Minit Je akan kupaskannya untuk anda!

Penyakit bulan penuh, fakta atau mitos?

“Malam ni bulan mengambang penuh. Patutlah Si Polan tu ‘emo’ semacam!”

Pernahkah anda mendengar saudara-mara atau rakan mahupun kenalan anda mengujarkan ayat sebegini? Jika pernah, rakan atau kenalan anda itu mungkin sedang menghidapi penyakit bulan mengambang atau turut dikenali sebagai Full Moon Sickness.

Sehingga ke hari ini, masih ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan penyakit ini. Namun demikian, tetap ada yang percaya dan menggunakan alasan “bulan penuh” untuk menerangkan tingkah laku aneh yang dialami oleh seseorang ketika berlakunya bulan penuh.

Adakah gejala ini suatu kepercayaan mistik semata-mata ataupun ada hubungannya dengan sains? 

penyakit bulan mengambang

Apa itu Full Moon Sickness

Gejala Full Moon Sickness atau penyakit bulan penuh ini merupakan gejala yang dihidapi oleh sesetengah orang ketika berlakunya bulan penuh. 

6 simptom utama penyakit ini adalah seperti:

#1. Moody teruk! (bukan sebab PMS)

Ketika berlakunya bulan penuh, seseorang itu cenderung untuk menjadi lebih beremosi tanpa ada sebab yang tertentu. Namun, hal ini hanya akan berlaku untuk beberapa hari sahaja.

#2. Gangguan semasa tidur

Gangguan ini bukanlah seperti gangguan jin atau syaitan, ya! Dalam tempoh ini, pesakit bulan penuh ini akan lebih sukar untuk mendapatkan tidur yang lena. Mereka akan menjadi lebih sensitif dan sangat mudah terjaga.

#3. Masalah penghadaman

Semasa bulan penuh, penghidap penyakit ini akan mudah untuk menghidapi masalah penghadaman dan mudah terkena masalah kembung perut serta masuk angin.

#4. Masalah kulit

bulan mengambang

Ini juga merupakan simptom utama gejala Full Moon Sickness. Mereka akan mengalami kegatalan dam kerengsaan pada kulit ataupun breakouts.

#5. Mengisar gigi ketika tidur

Bagi yang mempunyai tabiat ini, masalah ini akan menjadi lebih teruk kerana mereka akan cenderung untuk mengisar gigi semasa tidur hingga menyebabkan sakit pada rahang dan sekali gus mengganggu tidur mereka.

#6. Sakit sendi

Sesetengah orang memang sudah lama menghidapi masalah ini. Namun, mereka akan lebih cenderung untuk berasa lebih teruk sewaktu berlakunya bulan penuh.

Simptom ini mungkin sudah biasa dialami oleh sesetengah orang. Namun, perlu kita ketahui bahawa simptom ini biasanya lebih teruk ketika bulan penuh.

penyakit bulan mengambang

Apakah kaitan penyakit bulan mengambang dengan sains?

Seperti yang kita tahu, 70% daripada tubuh badan manusia merupakan air. Jadi, ini membolehkan bulan melakukan ‘magis’nya dengan mudah! Hal ini samalah situasinya dengan kejadian pasang-surut yang dialami oleh bumi.

Sewaktu bulan penuh, paras air laut akan menjadi lebih tinggi kerana kedudukan bulan yang berada betul-betul bersetentangan dengan matahari. Hal inilah yang menyebabkan daya tarikan graviti bumi lebih kuat daripada biasa.

Sama seperti kejadian ini, tubuh manusia juga memberikan tindak balas terhadap tarikan graviti kerana tubuh kita mengandungi air.  Seseorang itu berkecenderungan untuk mengalami gejala penyakit bulan penuh sekiranya kadar peratusan air dalam badannya kurang.

Oleh itu, golongan wanita biasanya akan lebih mudah mengalami masalah ini kerana kadar air dalam badan wanita adalah lebih rendah berbanding lelaki. 

Konklusi

Kesimpulannya, sebahagian besar badan manusia adalah air. Justeru, sama seperti fitrah bumi, badan kita juga boleh memberikan tindak balas secara semula jadi terhadap tarikan graviti dan perubahan tekanan atmosfera.

Fenomena ini bukan sahaja akan mempengaruhi tahap kesihatan mereka yang sakit sahaja, malah individu yang sihat juga berkemungkinan boleh menghidapi gejala ini.

Oleh itu, kita perlu memberikan perhatian terhadap mereka yang menghidapi penyakit bulan penuh ini untuk membantu mereka mendapatkan bantuan kesihatan bagi mengurangkan kesakitan yang dialami. 

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di sini.

Sebar Ilmu Ke Media Sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on telegram
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email