Siapakah Yang Sebenarnya Memiliki Benua Antartika?

benua antartika

Terdapat satu benua terpencil yang telah lama menjadi rebutan beberapa negara yang ingin memilikinya. Benua tersebut ialah benua Antartika yang terletak di bahagian Kutub Selatan bumi.

Walaupun tiada penempatan manusia yang tetap di benua tersebut, ia masih menjadi satu rebutan. Mengapa banyak negara mahukan sekeping dataran ais yang tidak sesuai untuk dihuni manusia ini?

Terpencil tetapi terkenal

Di antara 7 benua yang ada di atas muka bumi ini, benua Antartika ialah benua yang paling terpencil berbanding benua lain. Ia merupakan habitat atau tempat tinggal bagi penguin dan beberapa jenis haiwan yang lain.

Walaupun benua ini tidak mempunyai penempatan tetap manusia, ia menempatkan banyak pusat atau fasiliti kajian milik beberapa negara seperti China, Jepun, Australia, Amerika Syarikat dan juga Rusia.

Negara yang membuat tuntutan ke atas benua Antartika

United Kingdom adalah negara pertama yang menyatakan tuntutan mereka ke atas benua ini. Kapal peneroka pertama mereka telah mendarat pada tahun 1800, dan dataran benua ini dituntut dengan cara memacakkan bendera United Kingdom pada ketulan ais.

Namun disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak begitu sesuai, ia tidak jadi untuk dijajah. Benua ini kekal tidak dituntut sehinggalah pada tahun 1900, United Kingdom menuntut sebahagian tanah di benua ini. 

Mereka menuntutnya dengan cara menentukan sempadan berdasarkan laluan yang telah dilalui oleh para peneroka daripada United Kingdom. Tuntutan sempadan ini dilakukan sehingga ke titik paling tengah benua ini. Kemudian, negara-negara lain turut membuat tuntutan yang sama iaitu negara Perancis, Norway dan Jerman.

Pembentukan Antarctica Treaty 1959

Pada tahun 1959, beberapa negara telah bersetuju untuk membentuk satu perjanjian yang dinamakan Antarctica Treaty. Negara-negara tersebut ialah Argentina, Australia, Belgium, Chile, Republik Perancis, Jepun, New Zealand, Norway, Persekutuan Afrika Selatan, USSR, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.

Perjanjian tersebut menyatakan, “Antartika akan terus digunakan selama-lamanya secara eksklusif untuk tujuan damai dan tidak boleh menjadi adegan atau objek perpecahan antarabangsa.”

Terdapat 3 ketetapan yang digunakan di benua Antartika sehingga kini iaitu:

  • Tiada kehadiran tentera
  • Tiada aktiviti perlombongan
  • Tiada letupan nuklear

Benua Antartika kekal digunakan untuk tujuan kajian saintifik dan alam sekitar. Kini, benua ini mempunyai sekitas 68 buah pengkalan kajian milik pelbagai negara.

Adakah benua Antartika sebuah negara?

Tidak sama sekali. Antartika bukanlah sebuah negara seperti yang kita diami. Tiada mana-mana negara pun yang memiliki Antartika secara rasmi, namun lebih daripada 12 negara menyatakan hak mereka sekurang-kurangnya satu bahagian daripada benua tersebut. 

Mengapa banyak negara mahukan benua Antartika ini?

Minat banyak negara untuk memiliki benua ini terdorong oleh beberapa sebab. Kebanyakan negara mahu mengetahui apa yang ada di bawah dataran ais tersebut. Ada yang mengatakan ia mempunyai rizab minyak yang amat besar, lebih besar daripada apa yang dimiliki oleh Kuwait dan Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Kesimpulan

Walaupun tidak dihuni manusia, ia tetap menjadi rebutan dunia. Ia mungkin tidak akan dihuni, tetapi apa yang berada di dasar benua tersebutlah yang menjadikan banyak negara mahukan dataran ais ini.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Sebar Ilmu Ke Media Sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on telegram
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email