Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Siri Negara Kepulauan: Barbados, Negara ‘Pokok Tin Berjanggut’

Barbados merupakan antara salah satu negara kepulauan yang terletak di Laut Caribbean dan amat terkenal di seluruh dunia disebabkan oleh kecantikan pantainya yang menjadi tumpuan pelancong.

Namun, sebelum pulau ini menjadi salah satu destinasi pelancongan pilihan golongan selebriti, ia dahulunya adalah sebuah pulau yang hanya dipenuhi dengan hutan dan juga babi liar. 

Apa lagi yang menarik berkenaan negara Barbados ini?

#1. Negara ‘Pokok Tin Berjanggut’

Anda terfikir apakah maksud Barbados? Ia sebenarnya adalah nama Portugis yang bermaksud pokok tin berjanggut.

Nama ini diberikan oleh seorang peneroka Portugis bernama Pedro Campos setelah melihat banyak pohon buah tin yang kelihatan seperti ia berjanggut di pulau ini. 

#2. Barbados pernah menjadi jajahan British selama lebih 300 tahun

Sebelum membentuk kerajaan sendiri, Barbados telah diperintah oleh pihak British selama lebih daripada 300 tahun. Ia kemudiannya mendapat kemerdekaannya pada 30 November 1966, namun British masih mempunyai pengaruhnya terhadap negara kepulauan ini.

Ratu Elizabeth II masih mempunyai pengaruh dalam pemilihan gabenor jeneral dan perwakilan negara sebagai ketua negara.

Selain itu, Barbados juga menggunakan British English sebagai bahasa kebangsaan mereka. 

#3. Parlimen ketiga tertua dalam kalangan negara Komanwel

Tahukah anda, Barbados telah mengamalkan sistem kerajaan berparlimen sejak daripapada tahun 1639! Ia telah diperkenalkan di negara ini oleh Gabenor Henry Hawley dan mengikuti sistem Parlimen England.

Ia menjadikan Parlimen Barbados sebagai parlimen ketiga tertua dalam kalangan negara-negara bekas jajahan British atau Komanwel.

#4. Barbados merupakan antara negara terkaya dalam kalangan negara-negara kepulauan Caribbean

Pada tahun 2017, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara ini adalah sebanyak 4.797 bilion Dolar US dan jumlah ini semakin meningkat daripada tahun ke tahun disebabkan oleh faktor pelancongan dan juga eksport produk pertanian.

Jumlah ini menjadikan Barbados sebagai antara negara terkaya di wilayah Caribbean.

#5. Habitat bagi spesis ikan terbang

Barbados juga dikenali sebagai ‘Land of the flying fish’ disebabkan oleh kewujudan spesis ikan terbang yang banyak di negara ini.

Ikan ini banyak tinggal di kawasan batu karang di sekitar perairan pulau, namun pencemaran yang berlaku telah menyebabkan banyak ikan ini berpindah ke tempat lain. 

Kesimpulan

Negara kepulauan ini merupakan antara negara di dunia yang masih mengekalkan ciri Britisih dalam kebanyakan identiti negara dan bangsanya.

Ini termasuklah aspek budaya, sistem politik dan juga penggunaan bahasa walaupun telah lama mendapat kemerdekaan daripada British. 

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain