Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Siri Negara Kepulauan: Tahukah Anda, Buah Kelapa Pernah Ditahan Polis di Maldives? Atas Sebab Apa?

Siapa sahaja yang tidak mengenali negara kepulauan yang satu ini, Maldives. Ia diibaratkan sebagai syurga di dunia. Tahukah anda, negara bernama Maldives ini mempunyai rangkaian pulau sebanyak 1,192 buah pulau?

Daripada jumlah tersebut, 200 buah pulau adalah pulau yang tidak didiami manakala 97 buah pulau pula mempunyai resort pelancongan. 

Ikuti 5 fakta menarik lain mengenai Maldives di bawah ini.

#1. Buah kelapa pernah ditahan polis!

Ya, pada tahun 2013, sebiji buah kelapa pernah ditahan pihak polis negara Maldives.

Ini kerana, pada pemilihan presiden pada tahun tersebut, buah kelapa tersebut dijumpai berada berdekatan dengan pusat mengundi dengan tertera ayat Al Quran pada buah kelapa tersebut.

Penduduk tempatan percaya bahawa buah kelapa tersebut digunakan sebagai tangkal bagi mempengaruhi proses pengundian pemilihan presiden.

Namun, buah kelapa tersebut telah disahkan tidak bersalah oleh seorang bomoh. 

#2. Pasir pantai di Maldives tidak panas

maldives

Jika anda datang ke Maldives dan berjalan-jalan di pantainya, anda tidak perlu mamakai kasut dan boleh berjalan dengan berkaki ayam sahaja.

Ini kerana pasir pantai di Maldives tidak mempunyai keadaan suhu yang panas.

Pasir pantai di Maldives terhasil daripada cebisan karang yang amat kecil, oleh kerana itu ia tidak berasa panas.

#3. Pulau Thilafushi adalah pulau sampah

Tidak semua pulau yang ada di Maldives adalah cantik dan memukau pandangan mata pelancong. Ada sebuah pulau bernama Pulau Thilafushi digelar sebagai pulau sampah.

Memandangkan jumlah pelancong asing yang datang ke Maldives adalah tinggi, sisa sampah menjadi bertimbun dan agak sukar untuk kerajaan mereka melupuskannya.

Oleh itu, mereka menjadikan Pulau Thilafushi sebagai pulau untuk menempatkan sampah-sampah ini.

Namun, pada tahun 2011, sampah tidak lagi dihantar ke pulau kecil ini kerana sisa toksik telah merosakkan lagoon di pulau ini.

#4. Hotel bawah air pertama di dunia ada di Maldives

maldives

Sebuah hotel bawah air pertama di dunia telah diwujudkan di perairan Maldives ini.

Resort tersebut bernama The Conrad Maldives Rangali Island yang berada pada 16 kaki di bawah paras laut.

Resort ini mempunyai siling kaca cekung yang membolehkan pengunjung untuk melihat suasana bawah laut.

#5. Maldives adalah negara Muslim terkecil di dunia

Negara ini adalah negara Islam yang bukan sahaja terkecil di benua Asia, malah terkecil di dunia.

Pengaruh agama Islam amat kuat di negara ini. Contohnya, penduduk tempatan tidak dibenarkan untuk meminum minuman beralkohol, oleh sebab itu arak hanya boleh dijumpai di resort atau lapangan terbang sahaja.

Selain itu, cuti hujung minggu di negara ini adalah pada hari Jumaat dan juga Sabtu, sama seperti kebanyakan negara-negara Islam lain.

Kesimpulan

Negara ini diiktiraf memiliki antara pantai yang tercantik di dunia.

Namun kedatangan pelancong yang ramai juga memberikan kesan negatif kepada negara kecil ini seperti masalah pengurusan sampah.

Ini menunjukkan, setiap keuntungan yang kita peroleh itu akan mempunyai sedikit kerugian lain pada masa yang sama. 

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain