Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Burung Hantu Ini Telah Dijumpai Semula Setelah Pupus Selama 106 Tahun di Negara Comoros

Negara Comoros adalah salah sebuah negara kepulauan yang berada di Lautan Hindi, berekatan dengan pantai timur benua Afrika. Apa yang menarik mengenai penduduk di negara ini, mereka mempunyai kebudayaan campuran antara budaya Swahili, Perancis dan juga Arab. percampuran budaya ini adalah disebabkan oleh lokasinya sebagai laluan perdagangan utama suatu ketika dahulu.

Mari baca apa lagi yang menarik mengenai negara Comoros ini. 

#1. Punyai jenis kelawar terbesar di dunia

comoros

Negara Comoros telah lama menjadi habitat bagi kelawar buah Livingstone.

Kelawar jenis ini ialah kelawar yang mempunyai saiz terbesar di dunia. Ukuran sayapnya sahaja boleh mencecah sehingga 6 kaki panjang. Ia telah dijumpai di Comoros oleh seorang peneroka berbangsa Scotland pada tahun 1863. 

#2. Telah lama diziarahi peneroka

Sejak dahulu lagi, pulau ini telah didatangi oleh ramai peneroka dan pedagang dari seluruh pelusuk dunia.

Pedagang dari Afrika, Madagascar, Indonesia dan Tanah Arab merupakan antara kelompok awal pedagang yang hadir dan bertapak di pulau Comoros.

Kemudian, barulah peneroka-peneroka dari Eropah pula tiba di pulau ini.

Namun, pengaruh Arab adalah pengaruh yang paling kuat mendominasi setiap ciri negara ini. Islam telah dikesan tiba di negara ini sejak seawal abad ke-11.

#3. Ada satu istilah disebut sebagai Perkahwinan Besar di Comoros

Mana-mana individu yang ingin menjadi sebagai sebahagian daripada ahli komuniti penuh bagi sesuatu kumpulan, mereka perlulah mengahwini anak perempuan ketuanya yang paling dewasa melalui Perkahwinan Besar. 

#4. Pusat perdagangan utama di Domoni

comoros

Domoni merupakan satu kawasan yang terletak di pesisir pulau Nzwani.

Ia telah dikenal pasti sebagai pusat perdagangan utama pada abad ke-15 lagi.

Pusat perdagangan ini mempunyai hubungan perdagangan antara kedua-dua benua Afrika dan juga Asia.

Bahkan perdagangan yang dilakukan di Domoni ini telah melangkau sehingga ke Negara Jepun.

#5. Burung hantu ini dijumpai semula selepas 106 tahun!

Sejenis burung hantu yang dinamakan The Anjouan scops owl (Otus capnodes) adalah sejenis burung hantu yang hanya boleh dijumpai di negara ini.

Ia boleh dijumpai di Pulau Anjouan. Ia mula ditemui semula pada tahun 1992 setelah didapati pupus pada 1886, iaitu selama 106 tahun.

Kesimpulan

Sepertimana negara-negara kepulauan yang lain, negara kepulauan ini turut dikenali ramai sebagai antara negara kepulauan yang kaya dengan sejarah dan juga kecantikan alam semula jadi.

Jika berkelapangan, cubalah datang melancong ke Comoros bagi menikmati satu budaya berlainan yang tentunya berbeza daripada yang lain. 

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain