Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Siri Negara Kepulauan: Ingin Lihat Orang Berjalan Di Atas Api Secara Live? Datanglah Ke Fiji!

Negara Fiji adalah antara negara kepulauan di Lautan Pasifik yang terbesar daripada segi saiz keseluruhan dan jumlah pulau yang dimilikinya. Fiji mempunyai 300 buah pulau utama dan 540 buah pulau kecil. 

Namun, daripada keseluruhan jumlah pulau tersebut, 100 daripada adalah pulau yang tidak berpenghuni. 

Berikut adalah antara fakta paling menarik dan mengagumkan berkenaan negara kepulauan ini.

#1. Sektor pelancongan adalah sumber ekonomi utama negara Fiji

fiji

Fiji dikenali sebagai salah sebuah negara kepulauan yang paling terkenal di dunia. Ini secara tidak langsung menjadikan pelancongan sebagai umber ekonomi utama bagi negara ini.

Namun, sektor pertanian juga menjadi antara penyumbang terbesar ekonomi negara ini. Antara tanaman yang menjadi eksport utama negara ini ialah kopra, ubi taro, buah koko, ubi kayu, pisang dan juga nanas. 

#2. Walaupun kecil, tetap berlaku huru-hara

Pada tahun 1970, Fiji mendapat kemerdekaannya daripada pihak British dan menyertai Negara-negara Komanwel pada tahun 1987. Pada tahun yang sama, mereka menyingkirkan kerajaan sebanyak 2 kali melalui rampasan kuasa pihak tentera. Ia kemudiannya bertukar menjadi sebuah negara republik.

Kemudian, pada tahun 1990, perlembagaan baharu telah disusun. Melalui perlembagaan itu, Perdana Menteri akan dilantik menjadi Presiden negara itu. Namun, rampasan kuasa tentera berlaku sekali lagi pada tahun 2006. Terbaharu, perlembagaan terkini negara itu dibuat kembali pada tahun 2013. 

#3. Wujud populasi orang India yang besar di negara ini

Kedatangan orang India ke negara ini bermula sejak tahun 1813. Pada ketika itu, seorang kelasi berbangsa India telah selamat daripada kapal yang karam dan mendarat di Fiji. dia kemudiannya tinggal di pulau Fiji seumur hidupnya. 

Selain itu, terdapat juga kelompok orang India lain yang datang ke pulau ini untuk mencari pekerjaan. Kebanyakan daripada mereka bekerja di industri penghasilan produk berasaskan tebu.

#3. Fiji mempunyai 3 bahasa rasmi

Ada 3 bahasa rasmi bagi negara ini iaitu bahasa Inggeris, bahasa Fiji dan juga bahasa Hindi Fiji. Hal ini menjadikan negara ini sebagai antara beberapa negara di dunia yang mempunyai 3 bahasa rasmi.

Namun, masih terdapat 200 lagi dialek tempatan yang dituturkan oleh penduduk-penduduk Fiji.

#4. Ragbi adalah sukan kegemaran penduduk negara ini

fiji

Sukan ragbi amat diminati penduduk di negara ini sehingga ia menjadi sukan rasmi negara ini. Fiji juga pernah mendapat medal dalam Sukan Olimpik melalui sukan ragbi.

Pada sukan Olimpik 2016 yang diadakan di Brazil, negara ini memperoleh pingat emas bagi acara ragbi. Bagi kejohanan Hong Kong Sevens, negara ini telah menjadi juara sebanyak 15 kali. Wow! 

#5. Penduduk Fiji boleh berjalan di atas api

Mungkin anda pernah melihat mana-mana ritual atau acara di mana seseorang individu berjalan di atas batu yang dipanaskan pada api.

Tahukah anda, tradisi ini dicipta di sebuah pulau bernama Pulau Bega di Fiji oleh puak Sawau? Sehingga kini, amalan berjalan di atas batu panas atau bara api masih lagi dilakukan oleh puak ini.

Kesimpulan

Jika anda teringin untuk melihat keindahan negara ini dan juga melihat orang berjalan di atas bara api, datanglah ke Fiji untuk mendapatkan pengalaman yang tidak ternilai. Ia membuka peluang kepada anda untuk turut mempelajari budaya penduduk di negara lain dan meraikan perbezaan antara satu sama lain.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain