Teringin Nak Rasa Macam Mana Mandi Lumpur Gunung Berapi? Datanglah Ke Saint Lucia

saint lucia

Ada sebuah pulau kecil yang treletak di Laut Caribbean yang pernah menjadi rebutan dua kuasa besar dunia iaitu Perancis dan England pada abad ke-17 dan 18. Pulau tersebut dinamakan sebagai Saint Lucia. Kini ia telah menjadi salah sebuah negara kepulauan yang merdeka dan berdaulat.

Apa yang menarik di pulau ini sehingga ia pernah menjadi rebutan kuasa besar dunia suatu ketika dahulu?

#1. Saint Lucia punyai taman botani yang terkenal

saint lucia

Diamond Falls Botanical Gardens adalah sebuah taman botani yang tertua berada di Saint Lucia. Taman botani ini juga menempatkan air terjun Diamond Waterfall yang terkenal.

Apa yang menarik berkenaan air terjun ini, anda boleh melihat warna airnya yang berubah dengan sangat cantik disebabkan gabungan antara air hujan dan juga bahan-bahan daripada gunung berapi yang turun bersama air terjun.

#2. Banjaran gunung Pitons warisan UNESCO

Terdapat satu banjaran gunung di Saint Lucia yang dipanggil sebagai banjaran Pitons. Banjaran ini menempatkan dua puncak gunung berapi yang disebut Gros Piton dan Petit Piton.

Gros Piton adalah puncak kedua yang tertinggi ti Saint Lucia. Menariknya, banjaran Pitons ini diiktiraf sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang ada di Saint Lucia.

#3. Salah seorang warganya adalah penerima Hadiah Nobel

Pada tahun 1979, salah seorang warganegaranya yang bernama Sir William Arthur Lewis telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang Sains Ekonomi.

Sir Wiliam juga adalah ahli akademik berkulit hitam pertama yang menjawat jawatan di London School of Economics and Political Science (LSE).

#4. Keunikan bahasa Kwéyòl di Saint Lucia

Walaupun bahasa Inggeris dianggap sebagai bahasa rasmi negara ini, namun ia bukanlah satu-satunya bahasa yang paling banyak dituturkan.

Sekitar 95% penduduk Saint Lucia juga bertutur dalam bahasa yang disebut Saint Lucian Creole French (Kwéyòl).

Bahasa ini merupakan bahasa campuran antara bahasa Perancis, bahasa Afrika Barat dan juga pengaruh bahasa Island Carib. Wow!

#5. Eastern Caribbean Dollar adalah matawang rasmi negara ini

saint lucia

Sejak tahun 1965, negara ini menggunakan nilai Eastern Caribbean Dollar sebagai nilai matawang rasmi di negara ini.

Namun, jika anda datang ke negara ini dan tidak mempunyai nilai matawang tersebut, jangan risau.

Ini kerana kebanyakan hotel di negara ini boleh membantu anda menukar nilai matawang yang anda miliki kepada wang Eastern Caribbean Dollar.

Kesimpulan

Antara keunikan utama yang terdapat di negara kepulauan ini adalah pesona kecantikan dan pengalaman melawat gunung berapi yang mungkin tidak terdapat di negara kepulauan yang lain.

Jika anda mahu mandi lumpur yang berasal dari gunung berapi, datang sahaja ke Saint Lucia kerana ia dipercayai mempunyai nilai perubatan pada kesihatan tubuh. 

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Sebar Ilmu Ke Media Sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on telegram
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email