Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Tahukah Anda, Jambatan Kedua Pulau Pinang Merupakan Jambatan Terpanjang Di Asia Tenggara Sehingga Hari Ini?

Negeri Pulau Pinang Pulau Mutiara sememangnya dikenali ramai sebagai syurga makanan dan juga lokasi dengan pelbagai tempat pelancongan yang menarik. Bukit Bendera, KOMTAR dan Padang Kota merupakan antara lokasi yang amat sinonim dengan negeri ini. Namun, terdapat satu lagi tarikan yang juga amat sinonim dengan Pulau Pinang, iaitu Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pada kali ini, kami tidak ingin mengenengahkan berkenaan Jambatan Pulau Pinang yang pertama kerana ia sudah lama dikenali ramai. Kami ingin menceritakan beberapa fakta menarik berkenaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, atau nama rasminya, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Sejarah pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang

jambatan kedua

Pada tahun 2006, satu projek mega telah dirancang untuk membina jambatan kedua yang baharu bagi menghubungkan kawasan Semenanjung Malaysia dan Pulau Pinang. Jika jambatan pertama berada di utara Pulau Pinang, jambatan kedua ini pula dirancang untuk dibina di bahagian selatan pulau ini

Ia menghubungkan Batu Kawan di bahagian semenanjung dan Batu Maung di bahagian pulau. Ia adalah satu projek usahasama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China. Ia juga diiktiraf sebagai projek kejuruteraan awam yang terbesar dalam 20 tahun. 

Kerja-kerja pembinaan bermula pada bulan November 2008 dan berjaya disiapkan pada tahun 2014. Rekaan jambatan ini menyerupai rekaan jambatan pertama Pulau Pinang. Anda tahukah berapa panjang jambatan ini? Kepanjangannya adalah sebanyak 24 kilometer!

9 fakta menarik mengenai jambatan kedua Pulau Pinang

jambatan kedua

Terdapat beberapa fakta yang mungkin anda tidak pernah tahu berkenaan projek jambatan kedua ini:

  • Pertama, teknologi box-beam yang dimiliki oleh jambatan ini mampu menahan gegaran gempa bumi sehingga 7 skala Richter
  • Kedua, sekitar 1,000 orang jurutera, staf teknikal dan pekerja buruh telah terlibat dalam pembinaannya
  • Ketiga, kos keseluruhan projek ini bernilai sebanyak RM4.5 bilion
  • Keempat, sebanyak RM2.7 bilion daripada kos keseluruhan projek ini dibiayai melalui pinjaman Export-Import Bank of China. Bakinya dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia
  • Kelima, pelan asalnya mengandungi dua platform peninjau dan restoran tetapi dibuang daripada pelan tersebut disebabkan kekurangan dana. Dua platform tersebut memerlukan kos tambahan sebanyak RM600 juta
  • Keenam, rekaan jambatan yang berliku-liku bertujuan untuk mengelakkan pemandu memecut terlalu laju atau rasa mengantuk semasa memandu
  • Ketujuh, jambatan ini masih kekal sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara setakat ini
  • Kelapan, kemalangan pertama direkodkan berlaku tidak sampai 24 jam daripada waktu pembukaannya
  • Kesembilan, saat pembukaannya, jambatan ini telah mencatatkan 15 rekod baharu yang tersendiri dalam The Malaysia Book of Records. Wow!

Kesimpulan

jambatan kedua

Sebenarnya, terdapat pelbagai fakta menarik berkenaan projek mega di negara ini seperti jambatan kedua Pulau Pinang ini. Namun, tidak ramai yang mengetahuinya jika kita tidak merwar-warkannya. Kongsikan maklumat ini terutamanya kepada rakan dan ahli keluarga yang tinggal atau berasal dari Pulau Pinang. Tentu mereka akan berasa bangga.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain