Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Siri Negara Kepulauan: Inilah Kampung Halaman The Rock, Negara Samoa

Kami pasti anda pernah menonton filem Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw yang dilakonkan oleh The Rock sebagai antara watak utama. Masih ingat lagi adegan perlawanan di kampung halamannya di Samoa? Menarik bukan? 

Ramai yang tidak tahu, ibu The Rock sebenarnya berasal dari Samoa. Jika anda ingin tahu berkenaan kampung halaman Hobbs ini, jom baca apa yang kami sediakan di bawah ini.

#1. Rumah tradisional orang Samoa tidak mempunyai dinding

Rumah tradisional penduduk asal Samoa disebut sebagai ‘fale’. Ia berbentuk bulat atau oval dengan lantai daripada batu kerikil. Bumbung rumah disokong dengan tiang kayu, tetapi rumah mereka sama sekali tidak mempunyai dinding.

Untuk melindungi penghuni rumah daripada cuaca buruk, mereka menggunakan tirai yang diperbuat daripada daun-daun kelapa. Bagi mencantumkan struktur rumah, mereka menggunakan tali yang diperbuat sabut kelapa kering.

#2. Tatu adalah tanda anda telah dewasa

samoa

Tahukah anda, membuat tatu adalah sebahagian daripada adat dan budaya orang Samoa.

Secara tradisionalnya, tatu dianggap sebagai simbol status sosial dalam budaya orang Samoa. Bagi seorang lelaki pula, ia adalah simbol perpindahan daripada alam remaja kepada alam dewasa disebabkan proses membuat tatu itu yang menyakitkan.

#3. Samoa mempunyai jantina ke-3

Jantina ke-3 di Samoa disebut sebagai Fa’afafine. Perkataan ini bermaksud “mempunyai perlakuan seperti seorang wanita.” Bagi golongan ini, mereka menganggap bahawa mereka berbeza daripada kelompok homoseksual.

Penduduk Samoa telah menerima jantina ke-3 ini sejak berzaman lamanya.

#4. Orang lelaki memakai skirt

Orang lelaki di negara ini biasa memakai skirt tidak kira sama ada di kawasan umum atau di tempat persendirian. Skirt bagi golongan lelaki ini disebut sebagai ‘lavalava’ yang bermaksud kain yang membaluti. 

Ia hanyalah sehelai kain yang dipakai sebagai skirt dan diikat pada pinggang. Corak dan kepanjangan kain skirt yang dipakai bergantung kepada tujuan dan aktiviti yang disertai oleh pemakainya.

#5. Pengarang novel Treasure Island pernah tinggal di Samoa

samoa

Pengarang novel fiksyen terkenal Treasure Island dan juga Strange Case of Dr. Jeckyll and Mr. Hyde, Robert Louis Stevenson pernah tinggal di pulau ini bersama keluarganya.

Dia mula tinggal di Samoa pada tahun 1889 dan membeli beratus-ratus ekar tanah untuk dijadikan sebagai estet persendirian miliknya.

Estet miliknya dinamakan sebagai Vailima dan dia menggunakan nama Tusitala sebagai namanya di sana.

Dia meninggal dunia pada tahun 1894 dan dikuburkan di Gunung Vaea, yang juga terletak di negara ini dengan posisi kuburnya menghadap lautan. Rumahnya kini telah dijadikan sebagai muzium untuk mengenang hidup dan hasil karyanya semasa dia masih hidup. 

Kesimpulan

Seperti yang anda tonton di dalam filem, penduduk di negara ini sememangnya amat menghargai nilai kekeluargaan. Bagi mereka, keluarga adalah segalanya.

Ahli keluarga bekerja dan tinggal bersama seperti yang anda lihat melalui keluarga Hobbs sewaktu kepulangannya ke Samoa. Semangat inilah yang disebut sebagai “Fa’a Samoa” atau The Samoan Way

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain