Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Siri Negara Kepulauan: Walaupun Kecil, Kepulauan Marshall Punyai Pendaftaran Kapal Laut Ke-2 Paling Tinggi Di Dunia!

Sepertimana negara kepulauan yang lain, negara Kepulauan Marshall tidak terlepas daripada ancaman risiko untuk tenggelam. Kepulauan ini juga berpotensi untuk tenggelam memandangkan paras air laut yang semakin meningkat akibat daripada perubahan iklim. 

Jika Kepulauan Marshall ini tenggelam satu hari nanti, maka hilanglah keunikan pulau ini yang terkenal dengan keindahannya yang tersendiri.

Apa lagi yang menarik mengenai kepulauan yang satu ini? Sila lihat di bawah ini.

#1. Mempunyai lebih daripada 1,000 pulau

kepulauan marshall

Kepulauan Marshall boleh dikatakan sebagai antara negara kepulauan yang memiliki jumlah paling tinggi di dunia. Kepulauan Marshall mempunyai 1,156 buah pulau dan juga pulau kecil.

Daripada jumlah tersebut, hanya 24 sahaja yang tidak berpenghuni dan ada juga pulau yang tidak diduki disebabkan tercemar oleh ujian nuklear suatu masa dahulu. 

#2. Kepulauan Marshall dijajah oleh 4 buah negara

Penjajah pertama yang tiba ke negara ini ialah Sepanyol pada tahun 1520. Pada tahun 1885, ia telah dijual oleh Sepanyol kepada Jerman dengan nilai pada ketika itu sebanyak 4.5 juta Dolar. Pada ketika itu, ia dinamakan sebagai German New Guinea.

Ketika Perang Dunia 1 meletus, pihak Jepun telah merampas negara ini. Pada Perang Dunia 2, ia diserahkan oleh Jepun kepada pihak Amerika Syarikat. Amerika Syarikat kemudiannya menukar kepulauan ini menjadi salah satu tapak pengujian senjata nuklear pada ketika itu. Kemudiannya, ia mendapat kemerdekaan daripada Amerika Syarikat.

#3. Pernah dinamakan beberapa kali mengikut nama individu yang menjumpainya

Kepulauan ini pernah dinamakan beberapa kali mengikut nama penjelajah yang menjumpainya. Ia pernah dinamakan sebagai Los Pintados, Las Hermanas dan Los Jardines.

Pada tahun 1788, ia dinamakan dengan nama Kepulauan Marshall bersempena nama John Marshall yang merupakan seorang penjelajah British. 

#4. Lokasi santuari jerung terbesar di dunia ada di Kepulauan Marshall

Pada tahun 2011, sebahagian daripada ruang perairan kepulauan ini telah dijadikan sebagai pusat perlindungan atau pusat santuari untuk ikan jerung. Ia telah diiktiraf sebagai pusat santuari jerung paling besar di dunia sehingga hari ini.

Oleh itu, pemburuan ikan jerung dilarang di kawasan perairan ini. Jika ada nelayan yang tertangkap ikan jerung, ia perlu dilepaskan semula ke dalam air.

#5. Mempunyai pendaftaran kapal kedua paling tinggi di dunia

kepulauan marshall

Selepas negara Panama, Kepulauan Marshall berada di tempat kedua sebagai negara yang mempunyai pendaftaran kapal paling tinggi atau paling besar di dunia.

Ini kerana sebarang kapal yang didaftarkan di negara ini tidak perlu dimiliki oleh warganegaranya, yang menjadikan banyak syarikat perkapalan memilih untuk berdaftar di negara Kepulauan Marshall ini.

Kesimpulan

Kepulauan ini juga mempunyai masalah yang sama dengan negara kepulauan lain iaitu risiko untuk tenggelam akibat daripada peningkatan paras laut. Oleh sebab itu, negara ini juga menjadi antara negara penyokong berkaitan isu perubahan iklim.

Ini untuk memastikan agar sesuatu perubahan boleh dilakukan seterusnya menyelamatkan negara mereka daripada terus tenggelam.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain