Siri Negara Kepulauan: Pulau Pohnpei Di Mikronesia Tidak Mempunyai Sebarang Alamat! Mengapa?

mikronesia

Mikronesia atau nama rasminya Persekutuan Mikronesia adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian barat Lautan Pasifik. Negara ini mempunyai lebih daripada 600 buah pulau dan pulau-pulau kecil. Untuk pengetahuan anda, negara ini sebenarnya mempunyai sedikit kaitan dengan Amerika Syarikat.

Ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan negara kecil Mikronesia ini? Teruskan bacaan anda dengan 5 fakta menarik berkenaan Mikronesia.

#1. Mikronesia pernah menjadi sebahagian wilayah Amerika Syarikat

Fakta menarik pertama berkenaan negara ini ialah ia pernah menjadi satu wilayah di bawah pentadbiran Amerika Syarikat yang merupakan sebahagian daripada Trust Territory of the Pacific Islands.

Kini, Mikronesia telah mendapat kemerdekaannya daripada Amerika Syarikat namun ia masih menggunakan Dolar Amerika sebagai nilai matawang negara.

#2. Pulau Pohnpei tiada alamat

mikronesia

Ada satu fakta menarik berkenaan Pulau Pohnpei yang merupakan salah satu pulau yang berada di negara ini. Secara fizikalnya, Pulau Pohnpei ini sangatlah kecil dan hanya mempunyai satu jalan utama sahaja.

Saiznya yang begitu kecil menyebabkan keseluruhan penduduk di pulau ini mengenali antara satu sama lain seperti sebuah kampung kecil.

Oleh itu, Pulau Pohnpei ini tidak mempunyai alamat disebabkan setiap individu tahu dimana individu lain tinggal di pulau ini.

#3. Pulau Kosrae, Mikronesia adalah salah satu lokasi paling selamat di dunia

Pulau Kosrae mempunyai hampir tiada rekod jenayah, menjadikan ia sebagai salah satu lokasi yang paling selamat di dunia.

Selain itu, pulau ini juga tidak mempunyai sebarang haiwan berbahaya seperti buaya dan ular, tidak seperti pulau-pulau lain.

#4. Jarang dikunjungi pelancong

mikronesia

Tidak seperti negara kepulauan lain, negara ini dianggap sebagai antara negara yang paling jarang dikunjungi oleh pelancong.

Antara sebabnya ialah disebabkan saiznya yang terlalu kecil dan mempunyai 600 buah pulau yang bertebaran. Kebanyakan pelancong yang datang ke Mikronesia hanyalah untuk tujuan aktiviti menyelam sahaja.

#5. Mikronesia mempunyai 9 buah bahasa pertuturan

Walaupun negara ini hanya mempunyai 100,000 penduduk sahaja, namun mereka mempunyai 9 buah bahasa pertuturan yang berbeza termasuklah bahasa Inggeris.

Selain itu, terdapat beberapa bahasa lain iaitu Kapingamarangi, Pohnpeian, Yapese, Ulithian, Chuukese, Kosrean, Woleaian dan juga Nukuoro.

Selain itu, penduduk di negara ini juga semakin berkurangan setiap tahun. Tahukah anda, ibu negara ini iaitu Palikir dianggap sebagai salah sebuah ibu negara paling kecil di dunia dengan hanya sekitar 7,000 penduduk sahaja. 

Kesimpulan

Ia mungkin tidak begitu menjadi tumpuan pelancing, namun Mikronesia mungkin menjadi antara lokasi impian untuk didiami oleh semua orang.

Ini disebabkan oleh faktor keselamatan yang tinggi dengan kadar jenayah yang amat sedikit. Siapa sahaja yang tidak mahu lokasi kediaman sebegini bukan? Jom ke Mikronesia!

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Sebar Ilmu Ke Media Sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on telegram
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email