Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Siri Negara Kepulauan: Namanya Ditukar Daripada La Concepcion, Mayo, Granada, Le Grenade dan akhirnya Grenada

Pulau kecil Grenada yang terletak di Laut Caribbean ini adalah sebuah negara yang terkenal disebabkan oleh rempah ratusnya dan juga jajaran pantai yang memukau mata memandang.

Namun, bukan itu sahaja fakta menarik berkenaan Grenada, ikutinya dengan lebih lanjut melalui 5 fakta paling menarik mengenai negara Grenada di bawah ini.

#1. Ada taman arca bawah air terbesar dunia di Grenada

Taman arca bawah air ini pernah disenaraikan sebagai salah satu daripada National Geographic’s 25 Wonders of the World. Nama rasmi bagi taman arca ini ialah Molinere Bay Underwater Sculpture Park.

Taman arca ini mempunyai keluasan sebanyak 800 meter persegi, dengan kedalaman antara 6 hingga 24 kaki.

Ia bukan sahaja boleh dilihat melalui aktiviti snorkeling malah ia juga boleh dilihat dengan hanya melalui intaian daripada bot disebabkan oleh air lautnya yang begitu jernih.

#2. Dipenjara jika memakai baju penyamaran

Bagi orang awam, mereka dilarang sama sekali untuk memakai baju penyamaran atau camouflage. Jika tidak, mereka yang memakai pakaian ini boleh dipenjarakan.

Undang-undang ini bukan hanya wujud di Grenada, tetapi juga di beberapa negara kepulauan lain di Laut Caribbean.

#3. Grenada dikenali di dunia sebagai Pulau Rempah

View this post on Instagram

🎥@robertoandrade__

A post shared by Grenada W.I. (@grenada_official) on

Negara kecil ini juga digelar sebagai Pulau Rempah. Ini kerana, pulau ini menghasilkan kayu manis, cengkih, kunyit dan juga buah pala dalam kuantiti yang besar.

Sehingga hari ini, Grenada adalah negara kedua terbesar bagi pengeluaran buah pala dunia. Buah pala tumbuh segar di negara ini disebabkan oleh iklim tropika yang dimilikinya.

#4. Grenada pernah dinamakan beberapa kali sebelum ini

Peneroka dan juga penjelajah Sepanyol, Christopher Columbus adalah individu pertama yang menemui pulau ini pada tahun 1498. Dia menamakan pulau ini pada awalnya dengan nama La Concepcion.

Kemudiannya, beberapa tahun selepas itu, pulau ini ditemui oleh beberapa peneroka lain dan namanya ditukar kepada Mayo.

Pada tahun 1520-an, pulau ini sekali lagi ditukar namanya kepada Granada.

Apabila pihak Perancis menjajah pulau ini, ia ditukar namanya lagi kepada Le Grenade pula.

Akhirnya, apabila pihak British menjajah pulau ini, mereka memanggilnya sebagai Grenada dan ia kekal sehingga hari ini.

#5. Ada tasik misteri bernama Grand Etang

Di Grenada, terdapat sebuah tasik misteri atau tasik yang penuh dengan kemistikan bernama Grand Etang.

Penduduk tempatan percaya bahawa tasik ini tidak mempunyai dasar memandangkan tiada siapa yang menjumpai titik terdalamnya melalui alat pengesan sonar.

Ada juga yang mengatakan, tasik ini diduduki oleh makhluk Loch Ness yang terkenal selain ada yang mendakwa pernah melihat ikan duyung berenang di tasik ini. 

Kesimpulan

Jika anda berkesempatan untuk berkunjung ke Grenada, jangan sesekali lepaskan peluang anda untuk datang ke sana.

Anda boleh melawat salah satu universiti perubatan yang tercantik di dunia kerana ia terletak betul-betul di tepi tebing pulau menghadap lautan.

Ia juga dianggap sebagai salah sebuah sekolah perubatan yang terbaik di dunia dan ramai pelajar antarabangsa yang mendalami pengajian perubatan mereka di sini termasuklah dari Amerika Syarikat. 

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain