Siri Negara Kepulauan: Cili Ke-2 Terpedas Di Dunia Berasal Dari Trinidad Dan Tobago!

trinidad dan tobago

Trinidad dan Tobago adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian selatan Laut Caribbean. Mengapa ada dua nama dalam satu nama negara? Ini kerana Trinidad dan Tobago adalah nama bagi dua buah pulau utama negara ini. Ingin tahu apa yang menarik berkenaan negara ini? Sila lihat apa yang kami sediakan di bawah ini.

#1. Lokasi pembiakan penyu dunia

trinidad dan tobago

Percaya atau tidak, Trinidad dan Tobago telah menjadi pilihan utama penyu jenis Leatherback untuk menanam telurnya di sini.

Oleh kerana banyak penyu memilih kepulauan negara ini untuk membiak, pihak kerajaan telah memberikan kepastian bahawa mereka akan memberikan keselamatan yang maksimum kepada penyu-penyu yang datang bertelur.

#2. Panggilan yang berbeza walaupun satu negara

Walaupun penduduk di negara ini merupakan warganegara bagi satu negara sahaja, nama panggilan bagi penduduk di kedua-dua buah pulau ini sebenarnya berlainan.

Bagi mereka yang tinggal di Trinidad, mereka disebut sebagai Trinidadians. Manakala bagi penduduk yang tinggal di Tobago, mereka digelar sebagai Tobagonians.

Malah, kedua-dua buah pulau ini juga mempunyai burung kebangsaan yang berbeza antara satu sama lain!

#3. Cili kedua terpedas di dunia berasal dari Trinidad dan Tobago

Cili jenis The Trinidad Moruga Scorpion pada awalnya telah diisytiharkan sebagai cili terpedas di dunia pada tahun 2012.

Namun, ia telah dikalahkan oleh kepedasan daripada cili jenis Carolina North Reaper yang menjadikan cili dari Trinidad dan Tobago ini turun takhta di tempat yang kedua.

Namun, ia kekal sebagai jenis cili yang istimewa disebabkan ciri rasanya yang pedas dan manis. 

#4. Ibu negara dinamakan dari nama negara lain

Ya, ibu negara ini dinamakan sebagai Port of Spain yang berasal dari nama negara Sepanyol. Ini disebabkan oleh pendatang dari Sepanyol yang hadir dan tinggal di kawasan ini sekitar abad ke-16.

Sebelum dinamakan sebagai Port of Spain, ia dinamakan sebagai Cumucurapo. 

#5. Sukan lumba kambing dicipta di sini

trinidad dan tobago

Menarik bukan? Seperti mana sukan-sukan pelik di bahagian lain dunia, penduduk di negara ini mempunyai jenis sukan pelik mereka yang tersendiri.

Sukan lumba kambing ini amat penting dalam budaya penduduk negara ini sehinggakan hari-hari pertandingan sukan lumba kambing ini dijadikan sebagai cuti tidak rasmi di negara ini.

Kesimpulan

Sepertimana negara-negara kepulauan yang lain, Trinidad dan Tobago juga mempunyai sejarah dan budaya masyarakat yang amat kaya.

Panggilan juga berbeza-beza berdasarkan pulau yang didiami oleh penduduknya walaupun berada dalam satu identiti negara.

Ini menunjukkan bahawa walaupun negara ini kecil, ia masih memiliki kekayaan budaya yang amat bernilai. 

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Sebar Ilmu Ke Media Sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on telegram
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email