Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Siri Negara Kepulauan: Tuvalu, Negara Tanpa Mesin ATM

Negara Tuvalu sebelum ini dikenali sebagai Ellice Islands, merupakan salah sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik. Negara ini terdiri daripada 9 buah pulau batu karang kecil.ย 

Populasi negara ini sehingga tahun 2019 ialah sebanyak 10,500 penduduk sahaja. Apa yang menariknya, negara Tuvalu tidak mempunyai sebarang bahasa rasmi dan juga agama rasmi. Selain itu, terdapat juga beberapa fakta menarik berkenaan negara ini yang pastinya menarik untuk diketahui.

 

  • Tuvalu, negara keempat terkecil di dunia

 

Daripada segi keluasan, ia diletakkan sebagai negara keempat yang terkecil di dunia selepas Monaco, Nauru dan juga Vatican City. Walaupun mempunyai sekitar 10,000 hingga 11,000 penduduk, 20% daripada mereka sebenarnya tinggal di luar negara.

 

  • Tidak menggunakan kad kredit

 

Apabila anda datang ke negara ini, sediakan wang tunai yang secukupnya. Ini kerana negara ini tidak menerima bayaran secara kredit atau penggunaan kad kredit. Negara ini juga hanya memiliki 1 hotel dan 1 rumah tetamu sahaja. Selain itu, negara ini juga tidak mempunyai sebarang mesin ATM tau!

 

  • Keseluruhan pulau Tuvalu adalah batu karang

 

Negara ini terdiri secara keseluruhannya daripada atol. Atol merupakan sisa letusan gunung berapi yang tenggelam di dasar permukaan air lalu membentuk pulau baharu. Atol biasanya adalah pulau-pulau batu karang yang panjang dan sempit dan sangat rendah dengan permukaan laut.

 

  • Tuvalu bakal lenyap tidak lama lagi

 

Antara masalah bagi sesebuah negara yang terbentuk di atas atol ialah, ia tidak begitu tinggi melebihi paras laut. Di Tuvalu, puncak tertinggi daripada paras laut hanyalah berketinggian sebanyak 4.6 meter sahaja. Ini bermakna, jika berlakunya peningkatan paras laut dalam beberapa meter, kebanyakan permukaan negara ini akan tenggelam dan berada di bawah paras air.

 

  • Paling mudah untuk dilawati, tetapi tiada siapa yang datang mengunjungi

 

Tuvalu adalah sebuah negara yang mempunyai dasar visa paling liberal atau paling bebas di dunia. Sesiapa sahaja boleh datang ke sini tanpa visa atau mendapat visa sewaktu ketibaan. Walau bagaimanapun, untuk hadir ke sini bukanlah mudah kerana tiada sebarang penerbangan terus ke negara ini. Anda perlu menaiki pesawat dari Fiji terlebih dahulu tetapi kekerapan penerbangan ke Tuvalu hanyalah sebanyak 2 kali dalam seminggu!

Kesimpulan

Jika anda berminat untuk ke pulau ini, jangan lupa beberapa nasihat ini:

  • Bawa wang tunai secukupnya dari Fiji terlebih dahulu
  • Pastikan anda tahun pada waktu bilakah penerbangan ke Tuvalu berlepas dari Fiji. Jika tidak, anda perlu menunggu minggu hadapan untuk penerbangan yang seterusnya
  • Tidak perlu susah-susah memilih hotel kerana hanya ada satu hotel sahaja di negara ini.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda.ย  3 Minit Je adalah salah satu platform yang bernaung di bawah Naize Media.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain