Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Tak Sangka! Tapak Kampus Universiti Sains Malaysia Asalnya Sebuah Berek Askar British!

Mungkin ramai yang masih tidak tahu, bahkan staf dan juga pelajar di Universiti Sains Malaysia, bahawa tapak kampus utama universiti ini yang terletak di Pulau Pinang adalah merupakan bekas berek tentera pada zaman British. Wow, betul ke?

Daripada ladang kepada berek tentera

universiti sains malaysia
Keadaan sebenar bangunan Red House yang dahulunya merupakan Guard Room tentera British. Kredit gambar: Raaf School Penang

Ya. nama asal bagi berek tentera ini ialah Minden Barracks dan berek ini mula digunakan sejak tahun 1939 hinggalah tahun 1971. Sebelum kawasan ini dijadikan sebagai berek tentera, ia adalah sebuah kawasan yang menempatkan Glugor House, rumah ladang milik sebuah keluarga berketurunan Scotland yang kaya. Keluarga ini memiliki ladang-ladang yang ditanam dengan buah pala dan juga bunga cengkih.  

Pada tahun 1939, pihak British telah menjadikan kawasan ini sebagai berek tentera yang dikenali sebagai Glugor Barracks. Kawasan ini pernah menempatkan beberapa rejimen askar iaitu:

  1. 8th Heavy Battery of the Hong Kong
  2. Singapore Royal Artillery
  3. West Yorkshire Regiment
  4. Batalion pertama Kings Own Yorkshire Light Infantry
  5. Batalion pertama Manchester Regiment
  6. Batalion pertama Royal Australian Regiment
  7. Batalion kedua Royal Australian Regiment
  8. Batalion ketiga Royal Australian Regiment
  9. 1st Green Jacket

Selain itu, berek ini juga pernah menempatkan Hospital Bersalin Tentera British dan juga British Army Children School

Daripada berek tentera kepada universiti

universiti sains malaysia
Papan tanda masuk ke Minden Barracks yang pernah didirikan di kawasan pintu masuk Minden. Kredit gambar: Raaf School Penang

Pada bulan Mac 1971, kawasan Minden Barracks ini telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan digunakan untuk pembangunan satu universiti awam baharu yang bernama Universiti Pulau Pinang. Ya, sebelum nama Universiti Sains Malaysia digunakan, nama pertama universiti ini ialah Universiti Pulau Pinang.

Fungsi asal bangunan-bangunan di Universiti Sains Malaysia

Jika anda merupakan pelajar, kakitangan mahupun pelawat yang hadir ke kampus Universiti Sains Malaysia, cuba lihat persekitaran di sekeliling anda dan anda akan dapati begitu banyak bangunan-bangunan asal daripada zaman Minden Barracks lagi.

Untuk memudahkan anda, kami berikan beberapa senarai bangunan dengan fungsi asalnya:

  • Pejabat Pos Malaysia USM (dahulunya adalah rumah keluarga salah seorang pegawai tentera British)
  • Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (dahulunya adalah BACS Infants dan Junior School
  • Stor Kimia (dahulunya merupakan stor penyimpanan senjata British)
  • Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (dahulunya adalah sebuah hospital tentera)
  • Rumah-rumah tetamu dan Muzium Arkeologi (dahulunya adalah rumah-rumah pegawai tentera berpangkat tinggi)
  • Pusat Kokurikulum (dahulunya adalah bangunan hospital bersalin tentera)

Anda juga mungkin tidak tahu, kolam renang di tepi bukit berdekatan dengan padang hoki USM telah wujud sejak zaman British lagi. Selain itu, terdapat beberapa lagi bangunan lain di dalam USM yang tidak dapat dikenalpasti fungsinya seperti:

  • Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA)
  • Creative Design House (CDH)
  • Pusat Pengajian Komunikasi
  • Red House
  • Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
  • Graduate School of Business (GSB)
  • Bangunan BHEPA
usm
Gambar oleh Dnydegger – Wikimedia (CC BY-SA 3.0)

Walaupun kawasan kampus utama Universiti Sains Malaysia ini berada di tengah-tengah Bandaraya Pulau Pinang, kesemua bangunan-bangunan bersejarah sejak daripada zaman British di dalam kampus ini masih lagi terjaga. Kesemua bangunan ini masih lagi berfungsi dan digunakan sehingga kini. Inilah salah satu contoh usaha sebuah universiti dalam menjaga warisan sejarah miliknya tanpa perlu mengorbankan setiap satunya untuk tujuan pembangunan. 

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di sini.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain