Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

3 Fakta Yang Patut Anda Tahu Mengenai Nation of Islam

Jika anda pernah membaca artikel kami sebelum ini yang bertajuk Malcolm X, pasti anda perasan kami pernah menyebut mengenai satu organisasi bernama Nation of Islam. Bagi mereka yang biasa membaca mengenai sejarah politik Amerika Syarikat dan pergerakan kulit hitam, nama Nation of Islam ini bukankah satu nama yang asing.

Sedikit mengenai Nation of Islam

Nation of Islam ditubuhkan seawal tahun 1930, dan berkembang menjadi salah satu organisasi kulit hitam yang paling kaya dan juga dikenali ramai di Amerika Syarikat. Secara umumnya, organisasi ini bergerak dengan membawa idea gabungan Islam tradisional dan juga nasionalis kulit hitam. Selain itu, pertubuhan ini juga amat menggalakkan perpaduan kaum dan amat mementingkan kod disiplin dalam kalangan ahli mereka.

9 fakta menarik mengenai Nation of Islam

nation of islam

#1. Diasaskan oleh seorang jurujual

Seorang jurujual dari rumah ke rumah, Wallace D. Fard atau nama lainnya, Wallace Fard Muhammad telah mengasaskan organisasi ini pada 4 Julai 1930. Dia kemudiannya mendapat reputasi yang baik dalam kalangan komuniti kulit hitam sebagai seorang pemimpin agama. 

Pemimpinnya sekarang, Louis Farrakhan menggunakan organisasi ini untuk menaikkan pengaruhnya dalam kalangan komuniti Afrika Amerika. Pada tahun 1995, Farrakhan telah menganjurkan satu perkumpulan Million Man March di Washington dan himpunan tersebut telah menarik seramai 400,000 peserta.

#2. Pernah mempunyai nama lain

Sebelum namanya Nation of Islam, nama awal pertubuhan ini sewaktu diasaskan ialah Allah Temple of Islam. Ia kemudiannya ditukarkan kepada Nation of Islam setelah kepimpinannya berubah tangan kepada Elijah Muhammad. Semasa kepimpinan Elijah Muhammad inilah, banyak nama-nama besar lahir daripada pertubuhan ini seperti Malcolm X dan juga Muhammad Ali.

Pada zaman kepimpinan Elijah juga, terdapat banyak sekolah-sekolah dan juga bisnes kepunyaan Nation of Islam yang berjaya ditubuhkan. Selain itu, mereka juga berjaya menerbitkan surat khabar komuniti Afrika Amerika yang terbesar di Amerika Syarikat. 

#3. Ditukar nama dan idea sekali lagi kepada American Society of Muslim

Setelah kematian Elijah Muhammad, anaknya Warith Deen Mohammed telah mengambil alih tampuk kepimpinan Nation of Islam. Warith kemudiannya telah menukar nama organisasi ini kepada American Society of Muslim untuk menjadikannya satu pergerakan Islam yang lebih tradisional. 

Walau bagaimanapun, anak murid Elijah, Louis Farrakhan telah menubuhkan kumpulan baharu dan mengguna pakai semula nama Nation of Islam bagi mengembalikan semula pergerakan asal seperti di bawah kepimpinan Elijah Muhammad.

Kesimpulan

nation of islam

Walaupun kumpulan ini mungkin kelihatan sebagai satu wadah perjuangan untuk golongan kulit hitam yang tertindas, tetapi ia juga terpalit dengan pelbagai isu-isu sensitif terutama ketika ia telah meningkat naik. Terdapat isu seperti korupsi, rasis dan kepercayaan yang juga kadangkala bertentangan dengan ajaran Islam. 

Kredit gambar:

  1. Gambar oleh Sarah Stierch. Wikimedia Commons (CC BY 4.0)
  2. Gambar oleh Wikimedia Commons (CC BY 2.5)
  3. Gambar oleh Nancy Wong. Wikimedia Commons (CC BY 4.0)

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di sini.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain