Ayrton Senna, Pelumba Legenda F1 Yang Meninggal Dunia Di Litar Lumba

Ayrton Senna

Kalau bercakap tentang Formula One (F1), sudah pasti nama seperti Lewis Hamilton, Sebastian Vettel, Ruben Barrichello dan Michael Schumacher akan menjadi siulan bukan? Manakan tidak, mereka adalah wajah-wajah syarikat perlumbaan kereta nombor 1 di dunia ini. Namun, pernahkah anda mendengar nama Ayrton Senna?

Siapa itu Ayrton Senna?

Senna f1

Ayrton Senna da Silva adalah seorang pelumba kereta yang dianggap sebagai antara yang terbaik dalam sejarah. Malangnya, kehebatannya itu tidak lagi dapat kita saksikan akibat satu nahas yang mengorbankan nyawa legenda ini pada tahun 1994.

 

Untuk pengetahuan anda, mendiang memulakan kerjayanya sebagai pelumba kereta go kart. Tidak lama selepas itu, mediang kemudiannya bertukar selera kepada open-wheel racing pada tahun 1981 dan telah berjaya memenangi kejuaraan British Formula Three Championship pada tahun 1983.

Senna kemudiannya memulakan langkah pertama sebagai pemandu Toleman-Hart di kejohanan Formula One sulungnya pada tahun 1984 sebelum menyertai pasukan Lotus-Renault pada tahun berikutnya.

Selama tempoh ini, mendiang telah berjaya memenangi 3 Grand Prix sebelum berpindah ke pasukan yang sedang meningkat naik iaitu McLaren-Honda bersama rakan sepasukannya, Alain Prost.

Sepanjang karier hebatnya ini, Senna telah berjaya memenangi 16 Grand Prix dan 1 World Championship!

Senna f1

Tragedi di San Marino Grand Prix

Pada tanggal 1 May 1994, Ayrton Senna telah terkorban dalam nahas ketika sedang berlumba di litar San Marino Grand Prix, Autodromo Enzo e Dino di Itali.

Sehari sebelum nahas yang mengejutkan ramai peminat F1 ini, Roland Ratzenberger juga telah terkorban ekoran kemalangan membabitkan jenteranya ketika pusingan kelayakan.

Pada awal perlumbaan lagi, Pedro Lamy dan JJ Lehto telah terlibat dalam pelanggaran yang dashyat sehingga menyebabkan kecederaan, menandakan akan bahayanya litar ini.

Ketika pusingan ketujuh perlumbaan, jentera Williams yang dipandu Senna telah hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh konkrit yang tidak dilindungi dengan kelajuan 211 km/j (131 batu per jam).

Kejadian yang mengerikan ini telah menyebabkan jentera mendiang terpusing dan terbelah kepada 2 bahagian. Selepas pasukan perubatan tiba, didapati Senna sudah tidak bergerak dan tiada nadi yang dapat ditemui.

Selepas dikaji dan diteliti melalui close-up footage, didapati bahawa punca kematiannya adalah disebabkan keretakan tengkorak yang fatal.

Senna

Ayrton Senna, pelumba F1 terhebat dalam sejarah

Kematian Senna disifatkan sebagai tragedi buat semua peminatnya dan kerajaan negara asalnya, Brazil telah mengumumkan mereka akan berkabung selama 3 hari.

Pada 5 May 1994, mendiang telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Morumbi di Sao Paulo disaksikan kira-kira 3 juta orang dan upacara tersebut telah disiarkan secara siara langsung menerusi television Brazil.

Pada perlumbaan F1 yang seterusnya selepas nahas litar yang meragut nyawa pemandu F1 terhebat dalam sejarah ini, Federation Internationale de l’Automobile (FIA) telah meninggalkan 2 petak pada posisi pertama dan kedua dengan mewarnakan petak ini dengan warna bendera Brazil dan Australia bagi memperingati kematian Senna dan Ratzenberger.

Mungkin arena lumba kereta telah kehilangan pelumba yang terhebat dalam sejarah, namun kehebatan dan keunggulan mendiang dalam mengemudi jentera lumba tetap akan diingati sampai bila-bila. Tenanglah di sana, Ayrton Senna (1960 – 1994).

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di sini.

Sebar Ilmu Ke Media Sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on telegram
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email