Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Gusti Itu Sukan Atau Lakonan? Ini Jawapan SEBENAR Tentangnya!

Masa kecil-kecil dahulu, penulis sangat gemar menonton WWE.  Keluar sahaja muzik Triple H, sudah pasti penulis sekali akan berjalan keluar sambil menghembuskan air dari mulut, berlagak seperti karekter ini. Pun begitu, ada yang mengatakan wrestling ini sebenarnya adalah fake. Jadi, adakah sukan gusti betul atau tipu?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

gusti betul atau tipu

Sukan gusti di persada dunia

Sebelum itu, apa kata kita berkenalan dengan sukan yang unik dan menarik ini terlebih dahulu?

Untuk pengetahuan anda, wrestling sudah lama wujud di dunia ini. Antara wrestling promotion yang paling popular di dunia ketika ini adalah World Wrestling Entertainment (WWE), All Elite Wrestling (AEW), Ring Of Honor (ROH), Impact WrestlingNew Japan Pro Wrestling, Lucha Libre dan banyak lagi.

Lebih menarik perhatian penulis, kini sukan gusti ini sudah terdapat di Malaysia! Buat anda yang belum tahu, kini sudah tertubuhnya Malaysia Pro Wrestling (MyPW), iaitu sebuah sekolah gusti yang diasaskan seorang penggemar tegar WWE, Ayez Shaukat Fonseka.

Tidak hanya itu, Malaysia kini juga sudah ada ikon sukan gusti tanah air iaitu Nor ‘Phoenix’ Diana yang mula mencipta fenomena apabila menjadi wanita Muslim Malaysia pertama menyertai acara gusti profesional.

Pun begitu, masih ramai orang yang memandang enteng sukan ini kerana beranggapan ia adalah fake semata-mata. Persoalannya, adakah sukan gusti betul atau tipu?

gusti betul atau tipu
Gambar oleh: Senior Airman Nicholas Pilch

Gusti betul atau tipu, ini jawapannya!

Jawapan kepada soalan ini sebenarnya adalah mungkin ya dan mungkin tidak. Ini kerana memang benar sukan gusti adalah scripted, namun ia sama sekali bukan fake!

Ini kerana apabila ahli gusti ini memasuki gelanggang, mereka sudah tahu siapa yang akan menjadi pemenangnya. Perlawanan itu sendiri sebenarnya sudah dikoreografikan terlebih dahulu.

Dalam erti kata yang lebih mudah, wrestling adalah satu persembahan dan bukannya perlawanan. Namun, kesakitan dan kecederaan yang dialami bukanlah satu penipuan.

Pernah baca kisah di mana Mick Foley atau lebih dikenali sebagai Mankind hilang separuh telinga dalam aksinya ketika menentang Vader? Jelas sekali ia bukan satu persembahan semata-mata.

Dalam pada itu, tahukah anda yang Stone Cold Steve Austin pernah patah tulang leher apabila aksi piledriver yang dilakukan oleh Owen Hart berlaku sedikit kesilapan?

Atau anda mungkin tahu kisah Owen Hart sendiri yang meninggal dunia semasa aksi untuk memasuki gelanggang kerana harness yang digunakan itu rosak?

Jelas sekali, sukan gusti itu bukan satu penipuan meskipun memang benar ia telah dirancang terlebih dahulu.

gusti betul atau tipu

Wrestling adalah untuk semua lapisan masyarakat

Sekiranya anda kenang kembali zaman kecil anda, sudah pasti nama seperti Hulk Hogan, Ric Flair, The Rock, The Undertaker, Kane, Rey Mysterio, Edge dan sudah tentu John Cena akan selalu kedengaran bukan?

Sukan gusti adalah untuk semua lapisan masyarakat tidak kira yang tua, muda, lelaki atau wanita. Jadi, jika ada orang yang masih mempersoalkan gusti betul atau tipu, minta mereka baca artikel ini okay!

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di sini.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain