Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

4 Fakta Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Mengenai Manchester United!

MU
Gambar Oleh Ardfern – Wikipedia (CC BY-SA 4.0)

“Glory Glory Man United!”, ini merupakan slogan popular pasukan Manchester United yang mempunyai lebih daripada 70 juta orang penyokong di seantero dunia. Adakah anda juga tergolong dalam golongan mereka ini? Tentu sekali bukan penulis. Tahun ini tahun Liverpool, tidak begitu?

Jika anda benar-benar seorang penyokong pasukan yang bergelar Syaitan Merah atau Red Devil yang sejati, sila teruskan pembacaan anda. Penulis akan rungkaikan beberapa fakta yang mungkin anda tidak tahu mengenai Manchester United (MU). Selamat membaca dan beramal!

#1. Kelab Inggeris pertama yang menjuarai Liga Juara-juara

Untuk pengetahuan anda, Liga Juara-juara atau Champions League ini dikenali sebagai European Cup. Anda tahu kelab Inggeris mana yang pertama sekali memenanginya? Ya, Manchester United adalah gerangannya.

MU menjuarai kejuaraan ini buat kali pertama pada musim 1967 – 1968 dengan mengalahkan wakil dari Portugal iaitu Benfica dengan jaringan 4 berbalas 2 gol.

Bukan itu sahaja, kelab gergasi dari England ini juga sebenarnya berjaya mencetak gol paling besar dalam kejuaraan ini dengan menewaskan Anderlecht di pusian awal sebanyak 10 – 0.

Pun begitu, mereka masih ketinggalan jauh di belakang Liverpool yang sudah memenangi kejuaraan ini sebanyak 6 kali. Jadi, cuba lagi lain kali ya?

#2. Kelab Inggeris pertama yang berjaya menjaringkan 1 000 gol di halaman sendiri

MU
Gambar Oleh Matthew Bloomfield – Flickr (CC BY-SA 2.0)

Buat peminat setia pasukan Syaitan Merah ini, sudah pasti musim 2016 – 2016 adalah musim yang paling sukar untuk dilupakan buat anda bukan?

Manakan tidak, musim ini merupakan musim terburuk dalam sejarah kelab ini di bawah kendalian pengurus paling kontroversi dari Belanda, iaitu Louis Van Gaal.

Pun begitu, masih ada sinar di sebalik kegelapan musim ini. Untuk pengetahuan anda, musim inilah di mana mereka berjaya mencetak sejarah 1 000 gol di halaman sendiri.

Gol dari penyerang Anthony Martial ketika menang melawan musuh ketat Liverpool iaitu Everton dengan gol 1 – 0 ini pasti akan menjadi kenangan manis buat penyokong MU sampai bila-bila!

#3. MU hanya pernah dikendalikan oleh 3 orang pengurus yang bukan dari Britain

Sepanjang sejarah kelab sehinggalah ke hari ini, Manchester United telah dilatih oleh 23 orang pengurus dan majoriti mereka adalah berasal dari Britain. Antara yang paling dikenali adalah Sir Alex Ferguson, David Moyes dan Ryan Giggs.

Daripada jumlah 23 orang tersebut, hanya 3 orang yang telah memecah tradisi kelab ini sebagai pengurus dari luar Britain iaitu Louis Van Gaal dari Belanda, Jose Mourinho dari Portugal dan pengurus terkini iaitu Ole Gunnar Solskjaer dari Norway.

#4. MU pernah menggunakan gelanggang Manchester City sebagai halaman sendiri

MU
Gambar Oleh Cléria De Souza – Wikimedia (CC BY 2.0)

Apa? Bagaimana MU sanggup untuk merendahkan ego mereka dan bermain di gelanggang keramat pasukan yang dianggap jiran yang paling bising ini sebagai halaman sendiri?

Ini kerana pada tahun 1940 dunia sedang berada dalam keadaan yang kucar-kacir akibat Perang Dunia Kedua. Gelanggang berhantu mereka iaitu yang terletak di Trafford Park turut menjadi mangsa.

Untuk pengetahuan anda, kawasan sekitar stadium MU telah menjadi sasaran pengebom seorang yang sangat dikenali dalam dunia sejarah iaitu Adolf Hitler.

Akibatnya, stadium mereka telah hancur lebur akibat dibom. Disebabkan itu, Manchester City kemudiannya bermurah hati dengan memberikan hak kepada MU untuk bermain di gelanggang mereka selama 4 musim dari tahun 1945 hingga 1949.

Jadi, terbuktilah bahawa Man United dengan Man City sebenarnya adalah bersaudara dan saling memerlukan seperti aur dengan tebing. Jadi, penyokong kedua-dua pasukan ini perlulah berbaik sesama sendiri juga ya!

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di sini.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain