Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr
Share on whatsapp
Share on telegram

Anda Kenal Michael Schumacher? Ini 6 Fakta Menarik Mengenai Beliau!

Anda kenal Michael Schumacher? Seperti yang diketahui umum, beliau adalah seorang pelumba kereta F1 yang sangat sinonim dengan pasukan Ferrari. Namun, adakah anda benar-benar mengenalinya? Jom sama-sama kita selami keperibadian Michael menerusi fakta-fakta yang kami senaraikan ini!

Fakta-fakta menarik mengenai Michael Schumacher

Michael

#1. Pelumba paling hebat dalam sejarah F1

Untuk pengetahuan anda, beliau adalah seorang pelumba Formula One yang telah memenangi rekod 7 kejuaraan World Champion. Selain itu, Michael juga memegang rekod pemenang tempat pertama paling banyak dengan 91. Masih ragu-ragu dengan kemampuan pelumba paling hebat dalam sejarah F1 ini?

#2. Schumacher adalah peminat bola sepak tegar

Walaupun beliau adalah seorang pelumba kereta, itu tidak menghalang beliau dari meminati sukan bola sepak. Dikhabarkan, di masa lapangnya beliau sangat gemar menonton dan bermain sukan ini. Lebih mengujakan, Michael pernah bermain bersama pasukan amatur di rumahnya bersama kelab yang berna,a Patrick Ferrari!

#3. Kisah bagaimana pelumba F1 terhebat ini bermula

Ketika Michael bersuia 4 tahun, bapanya telah membuat sebuah ‘mini go kart‘ untuknya menggunakan enjin motosikal. Namun, ia tidak dapat berfungsi dengan baik kerana jentera ini telah mengakibatkan beliau terbabas lalu melanggar sebuah tiang lampu.

Namun, ini tidak menghalang semangat Michael serta bapanya. Pada tahun yang sama, bapa beliau telah membawanya ke sebuah akademi perlumbaan amatur lantas menjadikannya ahli kelab yang paling muda. Selepas itu, semuanya telah menjadi sejarah.

Schumacher

#4. Beliau tidak mahu anaknya mengikuti jejak langkahnya

Michael Schumacher adalah insan yang paling mengenali selok-belok sukan lasak ini. Disebabkan itu, beliau tidak mahu anaknya, Mick Schumacher untuk menjadi seorang pelumba kereta sepertinya.

Sebaliknya, Michael mencadangkan Mick untuk menceburi bidang sukan bola sepak atau tenis. Namun, seperti yang dijangka, Mick tetap berdegil dan akhirnya berjaya menjadi seorang pelumba kereta juga.

#5. Michael Schumacher tidak berminat dengan kereta mewah

Ironi bukan? Siapa sangka pelumba F1 terhebat dalam sejarah ini tidak meminati kereta mewah? Buat anda yang belum tahu, beliau hanya memiliki sebuah kereta Fiat 500 Abarth sebagai kenderaan persendirian serta Fiat Croma sebagai kenderaan keluarga.

Namun, beliau masih tidak boleh dipisahkan dengan Ferrarri. Beliau juga memiliki sebuah kereta Ferrari FXX. Namun, ia bukan dibeli sendiri olehnya. Sebaliknya ia adalah sebuah hadiah yang diberikan kepadanya oleh syarikat pengeluar kereta mewah itu selepas beliau mengumumkan persaraannya dari litar F1.

#6. Beliau pernah meminjamkan suaranya dalam animasi Disney, Cars

Jangan pandang rendah kepada beliau, bakatnya bukan sahaja dalam litar lumba ya!

Untuk pengetahuan anda, Michael pernah menjadi seorang artis alih suara untuk kereta Ferrarri F430 di dalam sebuah filem animasi terbitan Disney iaitu Cars yang diarahkan oleh John Lasseter.

Apa yang menariknya, suaranya ini hanya dirakamkan secara cepat ketika beliau sedang bersedia untuk perlumbaan Canadian Grand Prix di Montreal pada tahun 2005.

Bolehkah anda bayangkan sukan Formula 1 tanpa kelibat Michael Schumacher ini? Tidak, beliau memang merupakan seorang ikon dan pelumba kereta yang paling hebat dalam sejarah dunia sehingga kini.

3 Minit Je menggalakkan perkongsian maklumat dengan matlamat ke arah bangsa yang lebih berpengetahuan dan berpendidikan. Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan melalui media sosial anda. Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami di sini.

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on whatsapp

Artikel Lain