Kami mengalu-alukan sumbangan artikel secara sukarela untuk diterbitkan di laman web 3minitje.com. Antara kelebihan yang boleh diperoleh daripada penerbitan artikel anda di laman web kami ialah:
- Membantu anda mewujudkan portfolio yang kuat dan kukuh dalam bidang penulisan kreatif. Ia boleh membantu pengembangan karier anda dalam bidang komunikasi dan media kelak
- Anda akan menerima latihan secara langsung daripada kami berkenaan penulisan kreatif untuk tujuan penerbitan digital. Ini boleh membantu anda untuk menjadi seorang penulis yang berpengalaman seperti kami. Perlu diketahui, kaedah dan teknik penulisan digital amatlah berbeza dengan penulisan kreatif seperti di majalah atau surat khabar
- Anda berpeluang untuk menerbitkan buku bersama kami sekiranya artikel-artikel ini dipersetujui untuk diterbitkan secara kompilasi
- Anda berpeluang untuk menerima royalti hasil daripada penerbitan buku daripada koleksi artikel
- Anda boleh melihat hasil karya penulisan anda diterbitkan di laman maya secara langsung dan dibaca oleh ramai orang